Ratunaga

Warga emas disaran elak keluar rumah

Kumpulan warga emas merupakan kumpulan yang berisiko tinggi yang perlu dijaga daripada dijangkiti Covid19.
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati agar warga emas mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP), kecuali mempunyai urusan penting sahaja.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, berikutan warga emas merupakan kumpulan berisiko tinggi yang perlu dilindungi daripada dijangkiti COVID-19.
KKM juga telah memutuskan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 kepada pekerja dan penghuni pusat jagaan warga emas.
“Saringan ini akan dijalankan secara berfasa, dimulakan dengan 17 buah Rumah Sri Kenangan dan Rumah
Ehsan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Seterusnya akan dijalankan saringan di 357 buah pusat jagaan yang berdaftar di bawah Akta 506 dan 26 buah nursing homes yang berdaftar di bawah Akta 586,” ujar beliau.
Pihak Pejabat Kesihatan Daerah sudah diarah mengenalpasti pusat jagaan warga emas swasta termasuk institusi pondok agama di daerah masing-masing bagi memastikan liputan saringan COVID-19 adalah menyeluruh.
 
Sumber:Astroawani

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular