Ratunaga

Suku “Orang Batu” di Filipina Yang Hidup Terasing dan Hampir Pupus – Tau’t Bato

tau t bato 847

Tau’t Bato (Tao’t Bato, Taaw’t Bato) adalah orang asli di Filipina yang hanya ditemui manusia kira-kira 20 tahun lalu sahaja. Tau’t Bato yang bermaksud orang batu ini ditemui di Lembah Singmapan, Palawan, Filipina, satu kawasan terpencil daripada penempatan manusia moden.

Lembah Singmapan, di sudut terpencil Filipina, adalah tempat lembah berhutan yang biasanya menjadi lokasi tempat trekking yang sangat baik. Lembah ini terletak di pulau Palawan, salah satu tempat yang paling kurang diterokai di Asia, mempunyai  sungai bawah tanah dan merupakan lokasi aktiviti menyelam terbaik di Laut Sulu.

Untuk menjejaki penempatan suku ini, anda memerlukan seorang jurupandu yang turut berperanan sebagai juru alih bahasa dengan orang-orang daripada suku Tau’t Bato. Populasi orang Tau’t Bato juga tidak besar, sekitar 500 orang penduduk sahaja dan jumlah ini semakin berkurangan. 

Kisah penemuan Tau’t Bato

presiden ferdinand marcos 201

Presiden Ferdinand Marcos bersama Tau’t Bato pada tahun 1978

Tau’t Bato sebenarnya bukan subkumpulan dari kumpulan orang asli Pala’wan yang lebih besar. Mereka bertutur dalam bahasa Pala’wan asli dan mempraktikkan banyak kepercayaan Pala’wan yang sama.

Satu-satunya perbezaan ialah bagi komuniti ini, mereka yang tinggal di kawasan lembah Singmapan ini berlindung di gua-gua besar yang berdekatan semasa musim hujan. Kerana hujan lebat dan banjir di lembah selama bulan-bulan lamanya, berlindung di dalam gua adalah tempat teduh terbaik bagi mereka.

Pada musim kemarau setiap keluarga mempunyai tanah dan rumah sendiri di kawasan lembah ini. Nama Tau’t Bato diberikan kepada orang-orang ini oleh Presiden Marcos pada tahun 70-an kerana mereka menjadikan gua sebagai tempat tinggal mereka.

Pada tahun 70-an, Presiden Filipina ketika itu Marcos banyak melakukan banyak lawatan ke lembah ini untuk menjelajahi kawasan ini menggunakan helikopter. Presiden Marcos kebiasaan hanya akan mendarat selama 30 minit kerana bimbang orang-orang Asli ini akan menyerangnya.

Sebagai cara untuk mendekati suku Tau’t Bato ini, setiap kali lawatan mereka akan membawa pakaian, beras dan beberapa peruntukan lain untuk diedarkan kepada suku ini. Dari saat inilah orang Tau’t Bato mula memakai pakaian yang lebih menutupi tubuh badan berbanding hanya berseluar cawat.

Namun, alasan Marcos begitu berminat dengan kawasan ini adalah kerana kekayaan yang terdapat disini. Selama berbulan-bulan lamanya, pasukan Marco menyerbu semua gua di kawasan itu (tempat pengebumian untuk Tau’t Bato) dan mengumpulkan semua emas dan barang berharga lain di badan mayat. 

Terdapat khabar angin bertiup kencang mengatakan ada kemungkinan mereka menjumpai harta karun milik tentera Jepun di gua-gua di lembah ini, kerana banyak gua yang diterokai oleh pasukan Marco adalah gua yang tidak pernah didiami oleh Tau’t Bato.

Bertahun-tahun kemudian selepas itu, tersebar banyak kisah bahawa Marcos menyembunyikan banyak harta kekayaannya di gua-gua di sekitar Sigmapan. Namun, ternyata khabar angin tersebut tidak benar kerana Presiden Marcos sebenarnya hanyalah merampas harta kekayaaan orang Tau’t Bato di sana dan bukanlah menyembunyikannya di sana.

Gaya hidup Tau’t Bato

orang asli filipina 702

Wanita Tau’t Bato biasanya pakar mencari madu hutan sementara tugas lelaki adalah menangkap kelawar, tikus hutan dan burung kecil. Gaya hidup dan budaya mereka tidak dikembangkan secara khusus, tetapi mereka mahir memburu haiwan kecil dan babi liar.

Hasil buruan Ini melengkapkan diet mereka daripada buah-buahan ternakan seperti nanas, lada, ubi kayu, bawang putih, labu dan ubi jalar. Mereka menggunakan hasil pertanian mereka untuk berdagang dengan suku Palawan yang lain.

Tidak ada had umur di sini untuk berkahwin, oleh itu sudah menjadi kebiasaan bagi anak perempuan untuk mempunyai anak pada usia yang sangat muda. Rumah mereka dibina secara primitif dengan menggunakan anak pokok yang saling terkait.

Tau’t Bato mengamalkan kumpulan perkahwinan atau “ka-asawahan”, yang berfungsi sebagai unit asas sosial di antara mereka. Unit “Ka-asawahan” atau rumah tangga pada dasarnya terdiri dari pasangan, lelaki dan isterinya, untuk sejumlah pasangan. Mereka kemudian dikelompokkan ke dalam satu kumpulan yang lebih besar yang disebut “Bulun-bulun”.

Sistem ini merupakan susunan beberapa pasangan yang tinggal bersama di satu gua untuk kediaman. Ia dicirikan oleh sistem perkongsian pelbagai jenis pertukaran sosial dan bahan seperti makanan dan barangan keperluan hidup yang lain. Tau’t Bato juga peminat muzik. Mereka tahu bermain dua alat muzik yang dikenali sebagai “Kubing” dan “Kudlong” selain gong.

Tau’t Bato mahir bercucuk tanam dengan ubi kayu sebagai produk utama. Mereka juga menanam ubi jalar, tebu, bawang putih, lada, kacang merah, labu, tomato, nanas dan tanaman lain yang akan tumbuh di ladang mereka. Mereka juga gemar memburu dan mencari makan untuk memenuhi keperluan mereka untuk lebih banyak karbohidrat. Babi liar adalah haiwan yang paling banyak diburu.

Masa depan Tau’t Bato

kepupusan orang asli 965

Kedatangan pelancong ini sebenarnya ada keburukannya – mereka kemungkinan membawa bersama penyakit berbahaya dan berisiko tinggi kepada orang suku Tau’t Bato yang tidak pernah divaksin ini.

Pada tahu 2005, 3 orang wartawan dari Manila meninggal dunia tidak lama selepas berkunjung ke kawasan penempatan mereka, dipercayai akibat malaria ketika membuat dokumentari mengenai suku ini. Namun, ada juga yang mendakwa mereka menderita penyakit pelik akikat melanggar pantang larang suku ini.

Dengan hanya tinggal 100 keluarga dan jumlah ini semakin berkurang saban tahun, menjadi persoalan besar adakah orang Tau’t Bato dapat bertahan hidup puluhan atau ratusan tahun lagi. Pendedahan mengenai suku ini di media arus perdana menyebabkan kawasan semakin banyak ikunjungi oleh pelancong dari luar.

Selain kebimbangan mengenai populasi, budaya dan adat resam mereka mungkin akan pupus tidak lama lagi akibat gaya hidup mereka makin dipengaruhi budaya luar. Orang-orang muda tidak lagi melakukan ritual tradisional dan kebanyakan orang tua yang masih melakukannya hanya melakukannya sebagai sebuah persembahan kepada pelancong luar.

Kredit:

  1. Jacob Images
  2. RT Documentar




Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular