Ratunaga

Siapa yang layak jadi Ketua Pembangkang: Anwar, Guan Eng atau Mahathir

Teka teki politik datang lagi. Anwar awal-awal sudah ‘lock’ diri sendiri mengaku sebagai ‘ketua pembangkang’ walaupun belum ada kata putus Majlis Presiden PH tentang hal ini. Anwar sudah stim mahu jadi ketua pembangkang. Ini saja peluang dia nak ‘up’ rating yang dah menjunam jatuh macam harga minyak US. Itu sebab dia suka buat ‘live fb’.
Lim Guan Eng pun layak. Bapa dia, Lim Kit Siang masih pegang rekod dilantik sebanyak lapan kali sebagai ketua pembangkang, kali pertama tahun 1973 dan kali terakhir tahun 2004. DAP nampak senyap sesudah Kit Siang malap menjadi Kit Malam setelah dibalun berjemaah oleh netizen akibat cadangan buat sidang tergempar parlimen semasa PKP.
Mat Sabu setakat layak jadi presiden PAN. Semasa menjadi menteri pertahanan, Mat Sabu memang macam mat sabun. Suka main ‘buih’ walaupun benda serius.
Tun M pun layak. Dia mantan PM dua kali Malaysia. Tapi sanggupkah PH nak angkat Tun M, walhal macai-macai PH sebelum kerajaan PH tumbang dah serang dan kutuk orang tua ini dengan pelbagai kecaman mengaibkan. Rakyat pun pening dengan Tun M, sekejap sokong, sekejap tak sokong, lepas itu sokong balik. Kalaulah ada dibuat referendum memilih ketua pembangkang, rasanya Tun M pun susah menang.
Kalau Nurul Izzah ada, boleh jadi ramai yang pilih untuk ketua pembangkang. Apa barang nak letak warga emas macam Anwar, Kit Siang, Tun M dan Wan Azizah sebagai ketua pembangkang. Kata *Malaysia Baru* tapi masih letak orang-orang tua untuk pimpin negara. PH kata mereka gabungan aspirasi untuk golongan muda, maka buktikan. Tapi jangan letak Nik Nazmi pula, mau termenung saja sepanjang sidang sebab penyakit kemamai. Muda tapi otak sembab boleh mendatangkan petaka untuk masyarakat belia.
Wajib letak Nurul Izzah. Walaupun dah masuk umur 40 tahun, dia masih bergetah. Itu pun kalau Anwar dan Kit Siang jiwa besar.
DAP pun bukan kisah sangat kalau keluar dari PH sebab mereka pernah buat tahun 2004 dulu tak bersama Barisan Alternatif. DAP yang ada kerusi terbanyak dalam PH sekarang. PKR daripada 50 tinggal 39 MP. DAP ada 42 MP. Logik angka dalam demokrasi, yang terbanyak boleh ‘demand’ lebih. Kalaulah Kuantan kena ‘drop’ sebab kes mahkamah, lagi kurang bilangan MP PKR.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan ratunaga.com *

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular