Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Famili Duo, sebuah program realiti terbaharu berkonsepkan pertandingan nyanyian famili berbahasa Melayu, menampilkan 40 pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular dan ahli keluarga mereka.
Episod sulung pada 14 Februari lalu menyaksikan persaingan antara lima pasangan adik beradik selebriti iaitu Amira Othman dan Irfan Haris; Yamani Abdillah dan Zaki Yamani; Naim Daniel dan Emylia Izzati; Syafie Naswip dan Sapawi serta Tajul dan Beby Acha.
Nasib menyebelahi Yamani dan Zaki yang diumumkan sebagai juara minggu pertama.
Program yang dikendalikan oleh pengacara Uyaina Arshad itu antara lain turut menampilkan juri Didie Alias dan Mark Adam yang bertanggungjawab mengadili pertandingan.
Famili Duo menemui penonton TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam, selain ditayangkan secara langsung di saluran YouTube TV3 Malaysia.
Senarai Penuh Peserta Famili Duo (TV3) 2021
Episod 1 (Adik Beradik)
Amira Othman & Irfan Haris
Naim Daniel & Emylia Izzati
Yamani Abdillah & Zaki Yamani
Tajul & Beby Acha
Syafie Naswip & Sapawi
Episod 2 (Ibu Bapa Dan Anak)
Aisha Retno & Jen Retno
Siti Saerah & Umairah
Ashira & Syed Aziz
Sharifah Zarina & Athalia
Sharifah Shahira & Tallisya
Episod 3 (Suami Isteri)
Lan Solo & Sheila
Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana
Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah
Salma Asis & Azri
Anas Ridzuan & Ana Syuhada
Akan dikemaskini..
Sumber:
Add comment