Australia mengenakan pengasingan diri selama 14 hari ke atas semua pelancong antarabangsa yang tiba di negara itu bermula tengah malam ini dan menyekat kemasukan kapal persiaran dari pelabuhan asing.
Perdana Menteri Australia Scott Morrison mengumumkan pendekatan itu selepas mesyuarat kabinet baharu dibentuk yang digelar kabinet perangi koronavirus.
“Kerajaan juga memutuskan untuk mengharamkan pelayaran kapal persiaran asing daripada berlabuh di pelabuhan Australia untuk 30 hari awal,” katanya dalam sidang media di sini.
Sekatan sempadan baharu itu dikuatkuasakan selepas Australia merekodkan lebih 250 kes Covid-19 dan tiga kematian.
Sumber. Hmetro
Add comment