Ratunaga

Sejarah Permainan Kad Old Maid, Snap, Happy Family dan Donkey

sejarah permainan kad card game happy family snap donkey

Sehingga kini, permainan berasaskan kad terus popular di kalangan kanak-kanak, yang hadir dalam pelbagai bentuk serta corak permainannya.

Sebut saja tentang permainan kad, bagi sesetengah generasi mereka pasti akan membayangkan empat jenis kad yang sangat popular iaitu Old Maid, Snap, Happy Family dan Donkey yang menjadi salah satu aktiviti utama. 

Cukup menghiburkan, keempat-empat tajuk ini merupakan salah satu simbol paling diingati dalam nostalgia kanak-kanak di Malaysia. Dari mana datangnya judul-judul ini?

1. Donkey

kad permainan donkey

‘Donkey’ mempunyai banyak variasi berbeza sama ada dikenali dengan nama Pig atau Spoon, tetapi secara rasminya corak permainan ‘Donkey’ yang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia, mirip kepada permainan yang dikenali sebagai ‘Don’t Be A Donkey’.

Kesemua pemain akan mencabut kad daripada pemain di sebelah mereka, cuba untuk mengelakkan diri daripada menjadi individu terakhir yang memegang kad Donkey. Dalam versi ‘Donkey’ asal, para pemain perlu memadankan empat kad yang sama keluarga dan pemain terakhir yang gagal akan digelarkan ‘Donkey.’

Versi yang kita mainkan merupakan versi yang diasaskan daripada kad permainan keluaran Tower Press sekitar dekad 1950-an dan 1960-an 

2. Old Maid

kad permainan old maid

‘Old Maid’ merupakan judul di mana semua pemain akan mencipta helah semasa mencabut kad, cuba mengelakkan diri daripada menjadi pemain terakhir yang memegang kad memaparkan ‘Old Maid’, agar tidak digelar gelaran tersebut.

Sekiranya dilihat dari perspektif zaman sekarang, pasti penggunaan wanita tua itu yang tidak diingini sesiapa pun akan dianggap sensitif oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun, dalam era Victoria yang menjadi asas kepada penciptaan permainan ini sekitar abad ke 18 dan 19 – menjadi seorang wanita tua yang tidak dikahwini merupakan perkara yang dilihat memalukan.

Pada zaman tersebut, wanita dilatih untuk mematuhi etika ketat, sentiasa berpakaian kemas dan diajar supaya meletakkan kepentingan memiliki suami sebagai impian hidup. 

Oleh sebab itulah visual yang dipaparkan mencerminkan wanita andartu zaman tersebut, yang kelihatan formal, tampak mewah dan sopan – namun realitinya ‘Old Maid’ itu sebenarnya mewakili wanita yang tidak dikahwini mana-mana lelaki yang akhirnya perlu menjadi pembantu rumah orang lain disebabkan statusnya.

3. Snap

jaques snap 1905

Permainan ‘Snap’ memerlukan semua pemain menurunkan kad yang disatukan sambil pemain-pemain lain pula saling berebut untuk menjadi orang pertama yang berjaya merampas kad, sekiranya wujud dua kad sama diturunkan berturutan.

Pada mulanya, ‘Snap’ dimainkan menggunakan daun terup sebelum variasi kad khas bagi permainan Snap dicipta pada tahun 1866 oleh sebuah penerbit bernama John Jacques & Son Ltd. dari London.

Menggunakan khidmat seorang ilustrator terkenal bernama John Tenniel, Tenniel menghasilkan visual watak-watak yang menjadi satira kepada stereotaip zaman tersebut, memaparkan watak-watak individu pelbagai etnik yang berorientasikan masyarakat Eropah dalam keadaan lucu. 

Lukisan Tenniel yang terkenal pada zaman tersebut mempunyai rekaan yang agak menyimpang dari kebiasaan serta aneh, menjadi asas kepada penghasilan watak-watak unik lain dalam versi-versi Snap yang berbeza serta lebih sesuai dengan pengamatan kanak-kanak.

4. Happy Family

jaques happy families 3

Judul ‘Happy Family’ mempunyai banyak variasi yang berbeza dan semuanya bukanlah semestinya berkisar kepada keluarga, namun versi paling popular di negara kita memerlukan pemain membentuk sebuah keluarga lengkap, menggunakan kad ayah, ibu serta dua anak lelaki dan perempuannya.

Versi yang kita mainkan berasal daripada versi ‘Happy Families’, sebuah permainan kad popular dari Britain yang mengkategorikan sebuah keluarga berdasarkan kepada pekerjaan mereka yang berbeza-beza.

‘Happy Families’ dipercayai mendapat inspirasi daripada sebuah permainan lain bernama ‘Doctor Busby’, sebuah permainan ciptaan seorang wanita bernama Anne Wales Abbot yang dikeluarkan sekitar 1840-an. 

Sama seperti Snap,  John Jacques & Son Ltd. melihat peluang untuk mengkomersialkan kad ini dalam bentuk berbeza, mengeluarkan Jaques’ Original Happy Families pada tahun 1851, memperkenalkan watak-watak yang turut direka oleh John Tenniel menggunakan tekniknya yang unik dan lucu.

‘Happy Families’ yang diperkenalkan mula popular di seluruh dunia, sehinggakan ditiru dan dicetak rompak, termasuklah versi yang cukup popular di negara kita.

Peranan Hee Trading Co. dalam penerbitan kad ini

happy families kad permainan sejarah

Sekiranya anda masih ada menyimpan dek kad kesemua empat judul di atas dalam versi yang dijual di negara kita, anda akan mendapati pengeluarnya adalah sebuah syarikat bernama Hee Trading Co. beralamat di Pulau Pinang.

Diasaskan oleh seorang ahli perniagaan bernama Ooi Yan Hee, syarikat tersebut mengeluarkan versi tempatan yang telah diubah suai label serta ilustrasinya yang diambil daripada versi dek kad keluaran sebuah penerbit bernama Tower Press sekitar dekad 1950-an.

old maid hee trading malaysia kad card game

Tower Press aktif menerbitkan siri-siri permainan kad sejak tahun 1930-an tetapi mula popular pada awal 1950-an. Pada era tersebut mereka menerbitkan banyak variasi permainan kad termasuklah empat judul yang kami senaraikan di atas.

Donkey yang kita mainkan diambil daripada siri kad Tower Press bernombor 5863, Happy Family pula dari siri kad Happy Families bersiri 5864, ‘Old Maid’ dari siri 59862 dan Snap pula diambil daripada siri kad bersiri 5732.

Tidak diketahui siapakah pelukis asal kesemua ilustrasi cantik yang dipaparkan pada kesemua kad tersebut.




Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular