Ratunaga

Sejarah Dan Asal-Usul Tarian ‘Twerking’ Yang Tak Senonoh

[ad_1]

asal usul sejarah twerking

Sejak berdekad-dekad lamanya, penghibur dalam industri seni dari barat gemar menggayakan tarian yang memerlukan dia menggoyangkan punggung.

Namun hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini saja tarian tersebut mula digayakan dengan lebih lucah, siap dihalakan punggung ke arah penonton.

Dikenali sebagai ‘twerking’, tarian ini sudah menjadi satu fenomena buruk, terkenal kerana gaya yang hodoh dan amat memalukan namun anehnya cukup popular di kalangan wanita moden yang gemar menari khasnya. Ini sejarah tarian tersebut.

Istilah ‘twerk’ merupakan satu istilah lama

twerk wall

Perkataan ‘twerk’ hanya mula popular pada tahun 2013, selepas penyanyi terkenal (dan bermasalah) Miley Cyrus tular kerana melakukan perbuatan tersebut semasa persembahan beliau dalam acara MTV Video Music Awards.

Hasil daripada keberanian penyanyi itu menggoyangkan punggung betul-betul di depan penonton, perkataan ‘twerk’ mula dirujuk untuk melabelkan ‘tarian’ tersebut popular di kalangan netizen.

‘Twerk’ merupakan satu istilah yang sebenarnya telah lama wujud, ditemui kali pertama pada tahun 1820 bagi merujuk kepada perbuatan menggoyangkan atau menggerakkan tubuh dalam keadaan berpusing dan bergetar.

Dieja pada awalnya sebagai ‘twirk’, perkataan itu diubah menjadi ‘twerk’ pada tahun 1901, sebagai gabungan kepada perkataan ‘twist’ dan ‘jerk’; dua pergerakan yang dibuat manusia.

Namun perkataan ‘twerk’ dalam ejaan sekarang yang ada masih baru, mula dimasukkan ke dalam kamus rasmi bahasa Inggeris Oxford selepas persembahan Miley Cyrus.

Menurut makna rasmi yang terkandung dalam kamus tersebut, ‘twerk’ bermaksud ‘gerakan tarian yang bersifat seksual dan provokatif, dibuat dengan gerakan pinggang dan punggung dengan pelakunya merendahkan bahagian lutut.”

Dari mana datangnya tarian provokatif ini?

menari pinggul twerking

Banyak pihak berpendapat asal dari mana datangnya tarian ini berpunca daripada kelab-kelab tarian lucah, di mana wanita-wanita yang bekerja di dalamnya diminta melakukan lap dance untuk pelanggan.

Memang gaya dan perbuatan yang dilakukan sama seperti tarian ‘twerking’ namun kajian menunjukkan asal-usul gerakan tersebut sebagai sebuah tarian, sebenarnya berasal dari benua Afrika khasnya di Afrika barat.

Di Ivory Coast, kaum wanita di sana cukup terkenal gemar menarikan sejenis tarian yang berasaskan punggung dan pinggang, dinamakan sebagai mapouka.

Tarian mapouka ini sudah menjadi salah satu tradisi utama mereka, dilakukan bukanlah untuk melakukan provokasi seksual semata-mata; sebaliknya dibuat untuk menggambarkan kegembiraan seseorang semasa ada perayaan.

Keunikan tarian ini datang daripada kemahirannya – seorang penari mapouka yang handal, mampu menggoyangkan punggung tetapi dalam masa yang sama mengekalkan kedudukan pinggangnya.

Populariti tarian ini di kalangan masyarakat Ivory Coast turut sama mengakibatkan ramai wanita di sana berusaha menambah berat badan, kerana tarian tersebut lebih mudah digayakan seandainya seorang wanita mempunyai punggung yang agak berisi.

Tarian lucah yang disekat kerajaan

wanita ivory coast mapouka

Tradisi mapouka terus popular dalam zaman moden, menjadi antara tarian yang wajib digayakan dalam pengunjung wanita di kelab-kelab malam di Abidjan, salah sebuah negeri di Ivory Coast.

Walaupun begitu, populariti tarian ini di kalangan wanita mula mendapat perhatian kerajaan di benua tersebut yang berpendapat gaya yang ditonjolkan semasa tarian itu dilakukan, sudah mula jadi terlalu seksual sehinggakan menyimpang jauh dari tradisi asal mereka.

Mapouka mula dilarang penyiaran dan persembahannya di khalayak ramai atas alasan populariti tarian tersebut sudah mula merosakkan budaya mereka. Pengamal tarian itu dilabelkan berkelakuan tidak senonoh dan tarian itu sendiri disifatkan dipopularkan lelaki, bagi mengeksloitasi wanita.

Bukan sekadar Ivory Coast, negara-negara Afrika lain seperti Togo, Burkina Faso, Niger dan Benin turut sama memperkenalkan larangan siaran ‘mapouka versi baru’ kerana lebih mirip dengan kelakuan jijik. Namun desakan populariti serta permintaan orang ramai menyebabkan larangan-larangan ini kembali dilonggarkan.

Agak lucu juga memikirkan negara Afrika sibuk menghalang penyebaran budaya mereka sendiri kerana dianggap lucah, sementara industri hiburan Amerika Syarikat pula menjadikan tarian lucah ini satu kebiasaan.

Detik permulaan dan peningkatan populariti tarian ‘twerking’ serta penggunaan istilah ‘twerk’ dalam lagu, dipercayai dimulakan menerusi penerbitan lagu berentak ‘bounce’ berjudul ‘Do the Jubilee All’ nyanyian DJ Jubilee pada tahun 1993.

Seorang artis berpengaruh semasa kemunculannya, lagu tersebut didakwa mempopularkan trend tarian punggung ghairah dalam industri muzik Amerika Syarikat sebelum Miley Cyrus mengangkatnya ke tahap yang lebih tinggi (atau lebih hina) 20 tahun kemudian.

‘Twerking’ di negara-negara lain

wanita arab m alayah

Walaupun tarian ‘twerking’ dipercayai berasal dari Afrika, masyarakat-masyarakat di benua berbeza turut sama gemar menari tarian yang mirip dengan mapouka.

Masyarakat Arab terkenal dengan tarian m’alayah atau dagni, lebih dikenali sebagai tarian pinggul atau bellydance yang menjadi salah satu identiti aneh masyarakat Arab sehingga kini.

Di Asia Tenggara khasnya negara kita dan Indonesia, irama dangdut yang berasal dari Indonesia cukup popular dengan gerakan sama yang kita namakan sebagai ‘goyang gerudi.’

Penulis setuju dengan pandangan bahawa tarian ‘twerking’ ini atau apa saja nama gelarannya, hanyalah salah satu cara paling mudah untuk mengeksploitasi dan memanipulasi kaum wanita untuk dijadikan objek pemuas nafsu.

Kami boleh faham sekiranya tarian itu digayakan dalam bilik tidur atau dalam ruang yang privasi. Namun sekiranya dibuat dihadapan pihak awam yang ada kalanya turut disertai kanak-kanak, jelas perbuatan itu sesuatu yang sangat memalukan diri sendiri.

Rujukan

Dance Has Africans Shaking Behinds, and Heads



[ad_2]
Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.