Ratunaga

Rom dan Paris pilih berbasikal untuk bergerak bagi mengelakan terkena jangkitan COVID-19

Majlis pengangkutan Rom, Pietro Calabrese menjelaskan, lorong baru itu kekal meskipun keadaan darurat akibat COVID-19 berakhir nanti.
ROM memperkenalkan laluan basikal sejauh 150 kilometer bagi memberi peluang kepada orang ramai membuat perjalanan selamat dengan menunggang basikal.
Pietro Calabrese menjelaskan, lorong-lorong baharu itu adalah kekal meskipun keadaan darurat sudah berakhir akibat COVID-19.
Kerajaan Itali memutuskan pembukaan semula pelbagai kegiatan ekonomi pada 4 Mei, hanya 15 peratus pengguna pengangkutan awam yang kembali melakukan perjalanan dengan menaiki kereta api dan bas.
Jaringan pengangkutan awam di Rom buat masa ini hanya membenarkan 50 peratus daripada kapasiti penumpang asal untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai usaha mengekang penularan COVID-19.
Sementara itu di Perancis, penduduknya memilih untuk menunggang basikal sebagai pengangkutan alternatif bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19.
Pilihan itu dilakukan selepas kerajaan Perancis memutuskan untuk melonggarkan perintah lockdown bermula Isnin ini.
Rata-rata penduduk memilih menggunakan basikal terpakai pada harga dijual lingkungan harga 70 hingga 250 Euro.
“Saya percaya, ramai yang akan mengelak untuk menggunakan kereta api bawah tanah dan akan membeli basikal baharu mahupun basikal terpakai yang boleh didapati pada harga yang lebih murah,” kata¬†penduduk tempatan, Theodore Berg Boy.
Kerajaan Perancis membuka lorong basikal sementara di Paris untuk melalui bandar dari utara ke selatan dan dari timur ke barat, apabila sektor perniagaan kembali beroperasi pada 11 Mei nanti.
 
Sumber: Astroawani

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular