Ratunaga

Resepi Tosai Paling Digemari Ramai

[ad_1]

Tosai boleh dimakan dengan chutney dan kari ayam. Salah satu bahannya iaitu uluthu boleh dibeli di kedai orang India seperti Madura atau juga ada dijual di pasaraya Mydin.

Tujuan adunan digaul menggunakan tangan kerana ia akan sebati dengan baik. Ini kerana kisaran terakhir untuk adunan tersebut dimasukkan garam.

Tosai

tosai 5 edited

Bahan-bahan:

  • Beras (1 tin susu)
  • Kacang uluthu (1/2 tin susu)
  • Nasi (2 genggam/2 sudu) – yang sejuk
  • Garam (1 sudu besar)
  • Minyak atau minyak bijan

tosai default 1

Kacang uluthu iaitu dal putih (kiri) dan bahan utama lain iaitu beras (kanan)

Cara-cara penyediaan:

1. Basuh beras dan uluthu. Kemudian, masukkan nasi sejuk dan rendam selama lebih kurang 5-6 jam.

2. Selepas sudah 5-6 jam, sekarang boleh dikisar. Jangan terlalu cair dan pekat. Buat seperti adunan roti jala. Apabila kisaran terakhir, masukkan garam dan kisar sekali.  

Tuangkan adunan campurkan dengan menggunakan tangan. Basuh tangan terlebih dahulu.  

Gunakan bekas yang besar sedikit kerana adunan akan kembang dan naik masam.  

Selepas itu, tunggu selama lebih kurang 5-6 jam. Jika adunan sudah masam, tosai sudah boleh dibuat.

3. Cara membuat tosai. Selepas sudah keperluan tutup 2 minit sudah masak tetapi api perlu jaga.  

Sapukan minyak sebelum mahu membuat tosai. Untuk hasil yang sedap, gunakan minyak bijan. Pemilik resepi menggunakan jenama Lingam.

tosai default 2

Resepi Bonus: Chutney

chutney default

Bahan-bahan:

  • Kelapa (1/2 biji)
  • Cabai masak (3 biji)
  • Bawang merah sedang (1 biji)
  • Bawang putih (1 ulas)
  • Tomato sedang (1 biji)
  • Garam (secukup rasa)

Semua dikisar.

Bahan-bahan lain (tumis):

  • Biji sawi
  • Cili kering (1)
  • Daun kari

Cara-cara membuat:

  1. Setelah naik bau, masukkan kelapa yang dikisar tadi.
  2. Masak sehingga kering. Jangan terlalu kering. Siap.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari ‘group’ masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Gogilah Kerisnan [12]

2. Wanie Nasir [12]



[ad_2]
Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.