Ratunaga

Resepi Kari Ikan Choo Chee Ala Thai Paling Pedas dan Berlemak

Untuk pes kari merah Thai, pemilik resepi menggunakan jenama Dancing Chef. Ia ada dijual di pasaraya atau boleh dibeli secara atas talian.

Pes kari merah Thai juga boleh digiling sendiri. Selain ikan, pemilik resepi tambahkan sedikit sotong.

Kari Ikan Choo Chee Ala Thai

kari ikan choo chee

Bahan-bahan:

  • Minyak masak (4 sudu besar)
  • Fillet ikan (500gm)
  • Pes kari merah Thai (60gm)
  • Sos ikan (1 ½  sudu besar)
  • Gula putih (1 ½  sudu besar)
  • Santan (¾ cawan) – 2 sudu besar tambahan untuk titis di atas kari sebagai hiasan
  • Daun limau purut (3 helai) – disiat halus (sekadar hiasan)
  • Cili merah (1 tangkai) – dihiris nipis (sekadar hiasan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak atas periuk non-stick, api sederhana. Goreng kepingan ikan tadi selama 3-4 minit sehingga kuning keemasan di kedua-dua permukaan. Keluarkan dari periuk dan ketepikan.
  2. Tinggalkan minyak sebanyak lebih kurang 2 sudu besar dan panaskan menggunakan api kecil. Tumis pes kari tadi sehingga harum. Tuangkan santan, sos ikan dan gula. Biar merenih selama lebih kurang seminit sehingga gula larut. Tambahkan kepingan ikan tadi dan gaul sekata. Tutup api. Sedia dihidang bersama hirisan daun limau purut dan cili merah.

Resepi Bonus: Sate Sosej Roll Cheese

satay sosej roll cheese 5 edited

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Keju keping
  • Sosej
  • Serbuk roti
  • Telur

Cara-cara membuat:

  1. Leperkan roti dan letakkan keju. Letakkan pula sosej dan gulung.
  2. Kemudian, potong. Sekeping dapat sebanyak 6 gulung.
  3. Ambil lidi dan cucuk seperti sate.
  4. Celupkan dalam telur yang sudah dipukul.
  5. Taburkan serbuk roti sehingga sekata. Kemudian, goreng.
  6. Siap. Hias dengan sos, mayonis atau apa-apa sahaja kegemaran anda.

satay sosej roll cheese default 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari ‘group’ masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Kesavan Supramaniam [12

2. Yunk Mardhiah [12]




Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular