Ratunaga

Resepi Cencaluk Goreng Paling Terliur

[ad_1]

Cencaluk goreng boleh tahan selama sebulan di luar. Ia tidak perlu diletakkan dalam peti sejuk.

Resepi yang berasal dari Filipina ini boleh dijadikan sebagai pes nasi goreng atau sayur. Kepedasan adalah mengikut citarasa.

Cencaluk Goreng

cencaluk goreng 1

Bahan-bahan:

  • Cili padi – dihiris (cili bergantung kepada kepedasan yang disukai)
  • Lada hidup merah/hijau – dihiris
  • Bawang putih (selabu) – dihiris
  • Bawang besar (3-4 biji) – dihiris (pemilik resepi gemarkan banyak bawang)
  • Cuka makan (3 sudu besar)
  • Cencaluk (2 botol)
  • Gula (2-3 sudu besar)

cencaluk goreng 2

Cara-cara penyediaan bergambar:

cencaluk goreng default 1 645

  1. Tumis kesemua bahan yang dihiris sehingga layu.
  2. Setelah layu, masukkan cencaluk yang ditapis airnya. Masukkan cuka makan. Kacau selalu supaya tidak hangit api sederhana.
  3. Cencaluk yang siap ditapis buang airnya.
  4. Hampir kering, masukkan 2-3 sudu makan gula. Sesuaikan rasa. Kacau sehingga kering. Tidak perlu letak garam kerana sudah masin semulajadi. Siap. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Bonus: Cencaluk

cencaluk

Bahan-bahan:

  • Udang geragau (4 mangkuk)
  • Nasi (2 mangkuk)
  • Garam kasar (1 mangkuk)

Cara-cara membuat:

  1. Pemilik resepi menggunakan mangkuk tauhu panas. Sebelum itu, udang mesti dibasuh dengan manja. Tidak perlu terlalu bersungguh-sungguh. Memandangkan rumah pemilik resepi dekat dengan laut, beliau menggunakan air laut. Jika tidak, air biasa juga boleh digunakan.
  2. Kemudian, perah perlahan. Setelah selesai perah, campurkan semua bahan. Gaul sebati. Setelah gaul, perah lagi (kuat sedikit).
  3. Masukkan dalam sebarang bekas seperti botol, balang atau lain-lain.
  4. Setelah selesai, simpan atau peram selama seminggu. Setelah cukup masa, sudah boleh dimakan. Tetapi, jika mahu sedap, letakkan air didih nasi. Perap semalaman lagi dan baru sedang elok untuk dimakan.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari ‘group’ masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Hazelyn Navarro & Norislinah Mahfar [1, 23]

2. Junaidah Osman [12]



[ad_2]
Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular