Ratunaga

Resepi Biskut Buah Pinggang Paling Menyelerakan

Biskut buah pinggang merupakan sebuah biskut legenda masyarakat dahulu. Kini, biskut ini sukar untuk ditemui terutamanya ketika Hari Raya Aidilfitri.

Untuk biskut marie dan cornflakes, sukat terlebih dahulu sebanyak 1 cawan sebelum kisar. Untuk menampilkan kelainan, bentuk biskut ini boleh diubah mengikut kreativiti anda.

Biskut Buah Pinggang

biskut buah pinggang edited

Bahan-bahan:

  • Buttercup (250 gram)
  • Gula aising (1 cawan) – pemilik resepi letak 3/4 sahaja
  • Kuning telur (1 biji)
  • Esen vanila (1 sudu teh)
  • Tepung naik sendiri (1 cawan)
  • Tepung jagung (1 cawan)
  • Biskut marie (1 cawan) – dikisar halus (pemilik resepi menggunakan jenama Munchy’s)
  • Cornflakes (1 cawan) – dikisar halus
  • Tepung gandum (1/2 cawan) – pemilik resepi menggunakan cap ros

Cara-cara penyediaan:

  1. Pukul Buttercup dengan gula. Apabila kembang, masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
  2. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung. Kacau menggunakan senduk atau spatula.
  3. Masukkan biskut marie dan cornflakes yang dikisar tadi ke dalam adunan.
  4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang boleh dicanai.
  5. Setelah siap uli, canaikan doh dan terap menggunakan acuan.
  6. Sapu kuning telur sedikit di atas biskut dan ditabur dengan cornflakes yang sudah diramas. Bakar mengikut kepanasan ketuhar masing-masing.
  7. Setelah siap bakar, boleh susun dalam balang. Tunggu biskut sejuk dahulu.

biskut buah pinggang 1

biskut buah pinggang 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari ‘group’ masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Asmida Sulaiman [12]

Sumber informasi: Aneey Liya [12]




Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular