Ratunaga

Resepi Basbousa Paling Sedap | Iluminasi

Basbousa adalah sejenis kek suji tanpa telur dari Mesir. Manisan ini boleh dijadikan sebagai pengganti kepada kesari.

Selain susu segar, anda boleh cuba gunakan susu cair tin untuk lebih manis. Bakar biar garing sedikit.

Basbousa

basbousa

Bahan-bahan:

Bahan untuk sirap gula (pemilik resepi buat suku daripada sukatan sirap gula di bawah):

  • Gula (1 cawan)
  • Air (1 cawan)
  • 1 sudu teh esen perasa ros/oren/nenas
  • Perahan jus lemon (2 sudu teh)

Bahan untuk kek:

  • Suji (2 cawan)
  • Gula halus (1 cawan)
  • Kelapa parut (1/4 cawan)
  • Serbuk penaik (1/2 sudu teh)
  • Sirap gula di atas (3 sudu makan)
  • Susu segar (1 cawan)
  • Mentega cair (1/4 cawan) – boleh guna minyak sapi
  • Esen vanila (1 sudu teh)

Cara-cara penyediaan:

  1. Didihkan gula bersama air sehingga gula larut sepenuhnya. Tutup api dan masukkan esen perasa dan jus lemon. Kacau rata dan ketepikan.
  2. Dalam besen besar, campurkan kesemua bahan kering. Buat lubang di tengah dan masukkan mentega cair, susu segar dan sirap gula. Kacau rata.
  3. Biarkan selama 5 minit. Adunan menjadi pekat. Masukkan ke dalam loyang yang disapu mentega. Perap selama sejam. Tutup dengan kain lembap.
  4. Panaskan ketuhar pada suhu 200c. Bakar kek tadi selama 15 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan kek sejuk sebelum dipotong.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari ‘group’ masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Kesavan Supramaniam [12]




Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular