Ratunaga

Polis tahan pegawai kanan imigresen Johor

JOHOR BAHRU: Seorang wanita berusia 50 tahun yang bertugas sebagai penolong pengarah Jabatan Imigresen Johor ditahan polis kelmarin, dipercayai terbabit dalam sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan Mac lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pegawai itu ditahan di pejabatnya tengah hari kelmarin oleh Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
“Pegawai kanan Jabatan Imigresen itu ditahan hasil siasatan ke atas tiga pegawai imigresen yang ditahan pada 24 Jun lalu berikutan bersekongkol dengan sindiket PATI.
“Ini adalah tangkapan pegawai kanan paling tinggi setakat ini yang terbabit dalam rangkaian sindiket PATI di Johor, sejak operasi besar-besaran mengekang aktiviti haram itu dilancarkan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu IPK Johor, di sini, hari ini.
Sumber: BH

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular