Ratunaga

PKP Fasa 4 boleh keluar berdua untuk membeli barang

PKP Fasa 4 bermula hari ini, ketua keluarga yang keluar membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian dibenarkan membawa seorang lagi ahli keluarga bersama.
Kebenaran itu berdasarkan kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Syaratnya individu yang keluar bersama itu mestilah merupakan ahli keluarga dari kediaman yang sama.
Peraturan sebelum ini menyatakan bahawa orang ramai hanya boleh meninggalkan rumah mereka untuk membeli makanan, ubatan, vitamin atau keperluan harian.
Malaysia diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan sejak 18 Mac.
Langkah itu, yang bertujuan untuk mengekang penyebaran Covid-19.
 
SUMBER: Malaysiakini.com

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular