Ratunaga

PKP 4 hampir berakhir

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lepas akan dilanjutkan atau tidak bakal diketahui dalam tempoh terdekat.
Pasti ramai rakyat yang sangat mengharapkan ia tidak lagi dilanjutkan selepas memasuki hari ke-53 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan seperti biasa, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan dengan teliti berdasarkan situasi semasa kes COVID-19 di negara ini.
Ini soal mengutamakan nyawa dan ekonomi. Jadi, satu keputusan tepat perlu dibuat kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
Jika kita takut ekonomi terus merudum, maka PKP tidak perlu dilanjutkan. Tapi apa yang lebih penting sekarang ialah nyawa rakyat. Jangan sampai negara kita mengalami keadaan seperti di Jerman dan Hokkaido, Jepun yang dilanda gelombang kedua COVID-19 gara-gara menamatkan ‘lockdown’ terlalu awal.
Tujuan pelaksanaan PKP untuk mengekang penularan COVID-19 kini kita sudah pun berada di fasa keempat yang akan tamat pada 12 Mei ini dan pada masa yang sama, kerajaan turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei yang memberi kelonggaran kepada beberapa sektor ekonomi untuk beroperasi.
Penurunan kes COVID-19 adalah amat memberangsangkan apabila seramai 88 pesakit dibenarkan keluar hospital, menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 4,864 kes iaitu 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif iaitu 6,535 kes.
Tiada kematian baharu direkodkan dalam tempoh dua hari berturut-turut dengan angka kematian kekal pada 107, ini adalah petanda baik bahawa negara Malaysia hampir berjaya melawan virus Covid19.
Sementara itu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas tidak menjadi kesalahan jika ada yang tidak memakai penutup hidung dan mulut dan pengurusan mana-mana premis tidak boleh menghalau pelanggan yang tidak memakainya.
Tidak memakai penutup hidung dan mulut di tempat awam bukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ketika PKP, sehingga menyebabkan seseorang itu boleh ditahan atau didenda.
Walaupun perkara itu bukan satu syarat wajib untuk orang ramai memakainya, namun ini adalah sesuatu yang digalakkan ketika berada di kawasan tumpuan awam bagi mengelak jangkitan COVID-19.
Kita masih belum menang dalam peperangan wabak ini. Biasakan dengan normal baharu dan amalkan kawalan kendiri dan elakkan bersesak-sesak dengan orang ramai.
 
Sumber: Astroawani

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular