Ratunaga

PH Hilang Punca Akibat Kegopohan 'Power Hungry'

PH seperti sudah kehilangan punca dan kekalutan pelan politik dalam sehari dua ini.
Serangan serentak yang dilancarkan ke atas kerajaan Perikatan Nasional dan serangan khusus kepada Azmin Ali, rupa-rupanya telah menyebabkan rancangan PH terbarai seketika.
Nampak busuknya politik PH khususnya Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang mempolitikkan hampir setiap usaha kerajaan sepanjang tempoh menanggani wabak covid.
Sebelum PKP dilaksanakan, Anwar membuat kecaman melalui temuramah dengan agensi berita antarabangsa kerana menggunakan khidmat tentera bersama polis bagi melaksanakan PKP. Namun kecaman Anwar itu tidak dipedulikan rakyat kerana langkah kerajaan itu berkesan mengawal pergerakan orang awam dan kelancaran termasuk disiplin masyarakat berada pada tahap tertinggi.
Kemudian, Anwar membangkitkan isu kebajikan rakyat, kehilangan sumber pendapatan rakyat, kadar penggangguran dan andaian ekonomi menjunam akibat pelaksanaan PKP. Kerajaan sekali mendepani situasi dengan pengumuman pakej rangsangan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat dan memastikan ekonomi negara tetap berlangsung walaupun sebahagian besar sektor ekonomi ditutup.
Kejayaan kerajaan melalui usaha gigih Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengawal kluster-kluster sebaran wabak dan gerakan meratakan kadar positif jangkitan telah memberi keyakinan kepada rakyat walaupun segelintir pimpinan PH memainkan sentimen ‘kegagalan’ kawalan ekonomi yang mendatangkan beban masyarakat.
PKP dilonggarkan melalui langkah mengadakan PKPB untuk membuka dan mengaktifkan semula sektor-sektor ekonomi negara. Ia juga telah mendapat nasihat dan rujukan dari KKM. Pelaksanaan berdasar SOP ketat.
Kegagalan membunuh potensi kerajaan dan Azmin untuk dikaitkan dengan kepincangan mengurus ekonomi semasa PKP membuatkan Anwar dan Kit Siang menumpu kepada isu sidang sehari parlimen. Mereka mahukan ‘kudeta’ dilaksanakan dan kembali menguasai majoriti Dewan Rakyat.
Ganggu-gugat politik juga telah dilaksanakan sejak seminggu dua lepas oleh PKR atas arahan Anwar memecat ahli-ahli parti yang masih menyokong Azmin dan Zuraida termasuk menekan MB Selangor melaksanakan penyingkiran ahli-ahli majlis yang dipercayai sebagai penyokong Azmin & Zuraida.
‘Penjarakan Politik’ telah ditekankan oleh Azmin yang sinis membidas Kit Siang. Watak segelintir pimpinan PH ini menunjukkan mereka sebenarnya mengalami ‘power hungry’ atau haloba kuasa kerana tidak menghormati ‘gencatan senjata politik’ semasa PKP ini. Mereka langsung tidak menunjukkan semangat patriotisme dalam perang melawan covid. Situasi ini sangat mendukacitakan.
Permainan politik ‘menjejak angka’ dicetuskan kembali oleh Anwar dengan melontar saranan sanggup menerima semula Bersatu menyertai PH. Kegilaan yang dibawa oleh Anwar ini sejak lima bulan sebelum PH dijatuhkan pada 29 Febuari 2020 tak menjadi ikhtibar dan muhasabah diri kepada Anwar. Dia masih mahu mencuba. Adakah ini sebuah ‘kebersamaan’ patriotisme melawan covid?
Penulisan dari Buya Mukara
Penulis dan permehati bebas.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan ratunaga.com *

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular