Ratunaga

Pengkritik persoal bagaimana PJD Link manfaatkan penduduk

Cadangan pembinaan Lebuhraya PJ Dispersal Link (PJD Link) sekali lagi mendapat kritikan yang berkata pemaju belum menjelaskan bagaimana ia akan memberi manfaat kepada penduduk Petaling Jaya.
Adun Bukit Gasing, Rajiv Risyakaran berkongsi di Facebook minggu lalu, pejabatnya diberi taklimat oleh pemaju mengenai cadangan lebuh raya itu dan menggesa penduduk Petaling Jaya menyuarakan kebimbangan kepada mereka.
Bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Mak Khuin Weng, yang sudah lama menentang PJD Link dan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), berkata penduduk perlu mempunyai akses kepada dokumen berkaitan sebelum sebarang perbincangan dapat dijalankan.
“Sekiranya anda meminta penduduk mempertimbangkan sesuatu projek, sepatutnya ada dokumentasi disediakan mengenai apa yang sedang dipertimbangkan.
“Jika tiada dokumentasi sebagai rujukan, maka tiada perbincangan. Penduduk tidak tak boleh komen secara terperinci mengenainya.
Katanya, beliau tidak melihat sebarang alasan mengapa Rajiv tidak boleh meminta dokumentasi projek PJD Link dikemukakan kerana beliau pernah melobi untuk penduduk bagi akses ke atas maklumat.“Penilaian impak lalu lintas, penilaian impak terhadap alam sekitar, minit mesyuarat tentang apa yang dibincangkan, termasuk perjanjian konsesi berapa tahun projek ini akan membebankan rakyat, perlu dibentangkan.”
Esham Salam, pengasas bersama MyPJ, sebuah gabungan persatuan penduduk, berkata tiada dokumen yang boleh mengubah fikirannya terhadap lebuh raya dicadangkan itu.
Beliau menggesa Adun bersuara bagi pihak rakyat dan mempersoalkan apakah kepentingan sebenar mereka terletak pada kesejahteraan pengundi.
“Wakil rakyat kita sepatutnya mewakili rakyat, bukan menteri besar, kerajaan negeri atau pemaju.
“Mereka sepatutnya menjadi orang yang mempunyai pengetahuan paling mendalam tentang rakyat PJ.”
Rajiv, bagaimanapun, tidak memberi respons kepada FMT untuk komennya mengenai perkara itu.
Sumber: freemalaysiatoday

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular