Ratunaga

Pemimpin dunia ikrar sumbang AS$8 bilion untuk vaksin COVID-19

Para pemimpin negara dan organisasi terkemuka dari serata dunia telah  berjanji akan menyumbang sejumlah AS$8 bilion (kira-kira RM34.5 bilion) untuk pembangunan dan pelaksanaan diagnostik, rawatan dan vaksin terhadap jangkitan COVID-19.
Ikrar sumbangan itu diumumkan ketika persidangan maya malam tadi yang dihoskan bersama oleh Kesatuan Eropah (EU), Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Arab Saudi, Norway, Sepanyol dan United Kingdom (UK).
Berikut negara-negara yang berikrar untuk memberi sumbangan:
Norway – $1 bilion
Switzerland – $381 juta
Belanda – $209.5 juta
Australia – $226 juta
Itali – $152.7 juta
Korea Selatan – $50 juta
Kuwait – $40 juta
Africa Selatan – $1.3 juta
Kesatuan Afrika – $61 juta
Israel – $60 juta
Ireland – hampir $20 juta
Luxembourg – $5.45 juta
Sweden – $17 juta
Portugal – $10.9 juta
Croatia – $1.09 juta
Finland – $39.3 juta
Bulgaria – $109,000
Romania – $218,000
Serbia – $2.18 juta
Slovenia $33.6 juta
Republik Czech,  Poland, Hungary dan Slovakia – $3.27 juta


Sementara itu, Melinda Gates, pengasas bersama Yayasan Bill & Melinda Gates, berikrar menyalurkan $100 juta ke arah misi tersebut.
 
Sumber: Astroawani
 

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular