Ratunaga

Orang bujang mungkin dibenarkan rentas negeri?

PUTRAJAYA: Golongan bujang berkemungkinan akan dibenarkan rentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menemui ibu bapa mereka ketika cuti perayaan ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
“Sabar sikit.. Insyallah,kalau sampai masanya, kalau ada kelonggaran kita akan longgarkan.
“Setakat ini tiada lagi, jadi mesti patuh pada arahan yang telah dilaksanakan kerajaan ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.
Beliau mengulas sama ada diberikan kebenaran kepada golongan bujang pulang ke kampung seperti pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan sebelum ini.
Sementara itu, Ismail Sabri menjelaskan sekatan jalan raya dijalankan di plaza tol di seluruh negara khususnya bagi mengelak berlakunya aktiviti rentas negeri.
“Yang curi-curi rentas negeri pulang kampung , saya tidak tahu dan kadang-kadang provokasi sahaja.
“Kalau betul mereka curi-curi rentas negeri ambil gambar mereka seperti sebelum ini yang tular. Polis tentu akan mencari mereka,” katanya.
 
Sumber: Wilayahku.com

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular