Ratunaga

New Zealand Bakal Longgarkan Sekatan

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden hari ini mengumumkan bahawa negara itu akan melonggarkan beberapa sekatan pada minggu hadapan.

Setelah satu bulan melaksanakan perintah berkurung bagi membendung penularan wabak mematikan tersebut.
Perdana menteri New Zealand berkata akan menamatkan sekatan tahap empat pada 27 April dan mula menguatkuasakan sekatan tahap tiga sekurang-kurangnya selama 2 minggu.
Peraturan sekatan tahap tiga itu, lebih banyak aktiviti ekonomi, termasuk industri pembinaan, pembuatan dan perhutanan dibenarkan untuk kembali beroperasi seperti biasa.
Bagaimanapun rakyat tetap perlu tinggal di rumah memandangkan aktiviti sosial masih dihadkan walaupun sesi persekolahan akan dibuka semula secara beransur-ansur, dengan kehadiran adalah secara sukarela.
Perkembangan positif ini telah mengangkat dagangan dolar New Zealand untuk kembali mencatatkan peningkatan berbanding sekumpulan matawang utama lain.
 
Sumber: Intraday.my

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular