Ratunaga

Moratorium 3 Bulan dilanjutkan bermula disember 2020

Kerajaan mengumumkan lanjutan moratorium selama 3 bulan lagi secara automatik bermula Disember ini.
Institusi perbankan akan memberikan bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar tambahan terutamanya kepada peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terpilih dan layak untuk memohon.
Penambahbaikan ini diumumkan pada Belanjawan 2021 yang berlangsung pada 6 November lalu.

Kelayakan pemohon

Bagi kategori individu, terdapat dua keadaan yang dibenarkanuntuk memohon dan fleksibiliti pembayaran balik iaitu.

  • Individu yang hilang pekerjaan dan pendapatan pada tahun 2020 – Moratorium pinjaman akan dilanjutkan selama 3 bulan
  • Individu yang mengalami pengurangan gaji – Pengurangan jumlah ansuran sepadan dengan pengurangan gaji sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, permohonan moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik  adalah seperti berikut :

  • Perniagaan berdaya maju yang menghadapi masalah aliran tunai
  • Peminjam individu lain yang menghadapi kesukaran membuat pembayaran balik

Manakala, bagi kedua-dua kategori di atas, terdapat tiga pilihan yang ditawarkan kepada peminjam antaranya :

  • Hanya membayar faedah dalam tempoh tertentu
  • Mengurangkan ansuran bulanan dengan memanjangkan tempoh pinjaman
  • Fleksibiliti lain sehingga peminjam boleh menyambung pembayaran balik baki pinjaman

Bagi pembiayaan sewa beli, peminjam yang terjejas akan ditawarkan jadual ansuran pembiayaan yangakan disemak semula dengan Akta Sewa Beli 1967.
Bagi maklumat lanjut peminjam boleh mendapatkan bantuan menerusi www.bnm.gov.my/covid19
Sumber: harianpost

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular