Ratunaga

Mesir, Algeria longgarkan sekatan pergerakan pada Ramadan

Mesir dan Algeria pula mengambil langkah untuk melonggarkan beberapa aspek sekatan pergerakan di negara masing-masing bagi menyambut Ramadan.

Walaupun Mesir mencatatkan peningkatan tertinggi kes positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam, negara itu memendekkan tempoh sekatan pergerakan bermula jam 9 malam hingga 6 pagi, berbanding 8 malam sebelum ini.
Kata Perdana Menterinya, Mostafa Madbouly, dalam satu perutusan khas, kelonggaran itu berkuat kuasa bermula pada Jumaat.
Sejak bulan lepas, Mesir meningkatkan perintah sekatan pergerakan di negara itu, antaranya dengan menutup lapangan terbang, gimnasium serta menangguhkan kelas di sekolah dan universiti.

Premis perniagaan selain pasar raya dan farmasi pula diarahkan ditutup operasi pada jam 5 petang setiap hari.

Kelonggaran itu bagaimanapun tidak mengubah larangan awal supaya tiada sebarang aktiviti atau perhimpunan diadakan di masjid atau pusat keagamaan.

Menurut Madbouly, walaupun beberapa sekatan telah dilonggarkan, pihak berkuasa bersedia untuk mengetatkannya semula sekiranya kes jangkitan kembali melonjak.

Mesir pada Khamis melaporkan 232 kes baharu COVID-19 serta 11 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,891 dan 287 kematian.
Sementara itu, Algeria turut melonggarkan sekatan pergerakan bermula Jumaat dengan memendekkan tempoh sekatan.
 
Sumber: Astroawani

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular