Membantu kes 3 keluarga daif

0
20

Lama saya tak muncul kerja lapangan, tu hobi saya dan keluarga. Tapi sebab banyak tanggungjawab lain yang tertinggal lama, kami tak sempat nak ambil tahu kes keliling. Oleh kerana ni hobi, saya post di id peribadi saya

Melayan kes 3 keluarga daif yang menumpang di kedai orang. Papan board digunakan untuk mengasingkan 3 keluarga yang duduk bersama ni. Mereka asal sekeluarga tapi masing-masing dah berumah tangga dan masing-masing ada kerja melainkan mak mereka.

Mak, keluarga anak ketiga dan keluarga anak keempat. Mereka berhimpit tinggal bersama menumpang kedai orang.

Tuan kedai baik hati beri mereka tumpang buat sementara. Mereka dah hidup susah begini sejak 5-6 tahun lalu. Mereka dah apply macam-macam. Mereka tak tahu nak rujuk sesiapa, mereka panjat sana sini ditendang macam bola dan dijanjikan dengan pelbagai janji. Masalah birokrasi. Nasib baik saya ada rakan-rakan yang selalu buat kerja sukarela nak assist saya

Saya cuba bantu apa yang seharusnya. Lepas ni kalau kena langgar dengan saya, sendiri mau ingat. Saya tak kerja di bawah mana-mana jabatan or sesiapa, jadi I don’t care kalau ada yang kena pijak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here