Ratunaga

Masih Relevankah Anwar Ibrahim @ Pak Non

Lebih dari dua dekad gerakan reformasi “bertapak” dibumi bertuah ini, bukanlah satu tempoh waktu yang singkat, bermula pada September 1998 selepas pemecatan Anwar Ibrahim (Pak Non) selaku Timbalan Perdana Menteri (TPM) oleh Perdana Menteri Malaysia (PM) ketika itu, Mahathir Mohamad (Che Det), hinggalah hampir habis tahun 2020, gerakan reformasi masih lagi wujud mewarnai iklim politik Malaysia.
Laungan refomasi bergema di seluruh negara dan penentangan terhadap kerajaan Barisan Nasional diketuai oleh Che Det diketika itu menjadi satu lembaran baru gerakan atau suara rakyat yang diterjemahkan dengan aktiviti rusuhan, laungan kebencian, demonstrasi jalanan, perbuatan vandalisme dan pelbagai perbuatan diluar kewarasan normal rakyat Malaysia.
Pada awalnya gerakan yang dijalankan adalah untuk meminta Che Det meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan tuduhan kronisme, rasuah, tuduhan pemerintahan kuku besi turut dijaja sewaktu demonstrasi dilakukan.
Boleh dikatakan setiap hari atau minggu, ribuan rakyat terutamanya di Bandaraya Kuala Lumpur akan berkumpul, bertempur dengan pihak berkuasa, ditembak dengan asap gas pemedih mata, air bertoksik, diburu, diligan seperti anjing kurap, dirotan, dihenyak, ditendang, digari, diangkut dengan black Maria dengan mata tertutup malah ada pengikut atau penyokong gerakan tersebut katanya diugut, diberi amaran keras ketika sesi soal siasat dijalankan oleh pihak berkuasa apabila ditahan dan dibawa ke balai polis, semua ini berlaku semata-mata kononnya ingin membela seorang pemimpin terkanan kerajaan diperingkat pusat yang telah dianiayai oleh ketuanya sendiri.
Penulis Otai Media yang ketika itu berkerja disebuah syarikat penerbitan turut merasai pengalaman ini, kerosakan peralatan kamera yang cecah ribuan ringgit akibat terjatuh ketika dilanggar oleh pendemonstrasi yang lari lintang-pukang takut ditangkap oleh pihak berkuasa, malah kegatalan apabila terkena air berwarna kuning, merah, memang sukar untuk dilupakan, ditambah pula dengan sesak nafas apabila terhidu asap gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak berkuasa bagi meleraikan para pendemonstrasi yang menggila seperti dirasuk syaitan.
Sejarah kebanggangan, kependekan akal, kegelojohan Pak Non yang jelas dilupai oleh rakyat Malaysia terutamanya para penyokong tegar yang buta perut, menyokong somborono, contoh yang paling sadis, sewaktu Pak Non menjadi Menteri Kewangan Pusat sewaktu krisis kewangan melanda negara pada tahun 2008.
Pak Non menerima cadangan tanpa banyak soal nasihat sahabat karibnya, Presiden Bank Dunia, James Wolfensohn dan Pengarah Urusan IMF, Michel Camdessus, yang penuh tipu helah dan sekiranya tidak “ditendang oleh Che Det” diketika itu akhirnya negara terpaksa tunduk kepada syarat-syarat tidak masuk akal yang jelas memihak kepada mereka dan sudah pasti ekonomi negara diserahkan kepada International Monetary Fund (IMF).
Profesor Datuk Dr Sidek Baba, salah seorang penyokong tegar dan orang kuat Tok Non lebih dari 30 tahun, berkata, “Anwar seorang pemimpin yang bermasalah. Tak kenal maka tak cinta, kalau tidak kenal, susah nak cinta dan masa itulah keburukannya baru kita nampak…
“Saya mahukan Malaysia ini dipimpin oleh tokoh yang mempunyai integriti. Tetapi kalau kita tampilkan imej yang tercalar mungkin orang luar, kuasa-kuasa luar boleh menjadikan asas ini sebagai peras ugut. Apa lagi orang dalam pakatan pembangkang. Jadi, saya percaya, banyak pihak tahu apa yang berlaku. Cuma tidak berani menyampaikan kepada khalayak kerana banyak faktor.”
Dan adakah kita lupa puluhan orang kuat gerakan reformasi atau “pengerak awal” telah meninggalkan Tok Non, diantaranya, Chandra Muzaffar, S. Nalla Karuppan, Anuar Shaari, Zahrain Mohd Hashim, Zainur Zakaria, Ruslan Kassim, Nell Onn, Marina Yussuf dan puluhan yang lain. Adakah mereka ini semuanya dengan sengaja mengambil tindakan sedemikian !?!?…
Pak Non dengan misi gelojoh dan tidak kehaluan, kemaruk untuk menduduki jawatan utama dalam pentadbiran negara, spesies kuat bersandiwara, hebat dalam berpidato atau berhujah tapi, selama 20 tahun dia menjadi pemimpin puak haluan kiri, tidak ada satu pun kerjayaan yang boleh dibanggakan oleh penyokong, terutama untuk mengalahkan kerajaan Dinasour di ketika itu.
Ketika sesi temubual Hishamuddin Rais dengan Ketua Pengarang Majalah Time edisi Asia, pada tahun 1997 dan Hishamuddin telah mempetaruhkan rumah pusaka milik ibunya di Jerebu untuk memperkuatkan hujahnya, menjawab dengan tegas soalan yang ditanya oleh John Colmey ““Anwar will not be the next Prime Minister. Period…”
Rakyat juga boleh menilai Pak Non selama 22 bulan PH memerintah, apa yang rakyat nampak, siang malam pagi petang, subuh sampai magrib hanya tahu berzikir bila Che Det akan meletakkan jawatan, bila nak serah kuasa kepada dia, hari-hari meroyan hendakkan kerusi Perdana Menteri, tetapi sumbangan kepada PH itu sendiri, ke laut….
Sudah-sudahlah Tok Non, tertiarap PH bukan kerana Che Det @ Tun semata, tetapi kerana sikap gelojoh, suka tikam belakang, bersikap bermuka-muka dan tidak tahu menjadi pemimpin contoh kepada anak buah dibawah.
Mungkin sudah tiba masanya, Pak Non jenguk semula kebelakang dari sejak jadi orang kuat UMNO, tambahan 20 tahun lagi berhajat untuk menjatuhkan kerajaan Dinasour, sampai sekarang zaman kerajaan PN, Pak Non masih lagi duduk berkokok siang dan malam.
Kalau hendak mentadbir parti pun sering ke laut, bagaimana pula niat dihati hendak mentadbir sebuah negara.
Langkah atau keputusan terbaik bersaralah dari arena politik, cukup-cukuplah mengheret penyokong yang sedia bebal ke jalanan atau mengheret mereka ke medan peperangan tanpa kesudahannya.
Oleh OM
https://www.facebook.com/529439220427390/posts/2999219133449374/
 

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular