Ratunaga

Majlis kesatuan pekerja gesa KWSP percepat kelulusan automatik i-Sinar

Presiden UNI MLC Mohamad Shafie BP Mammal berkata, pihaknya tidak mahu pencarum KWSP terbeban ketika mahu mengeluarkan wang simpanan melalui i-Sinar.

KUALA LUMPUR Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC) menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempercepatkan proses kelulusan automatik kemudahan i-Sinar untuk memudahkan urusan pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka.

Presidennya Mohamad Shafie BP Mammal berkata, pihaknya yakin KWSP mempunyai sistem yang terurus yang akan membolehkan proses kelulusan dibuat dengan pantas memandangkan pencarum mempunyai akaun KWSP sedia ada dan tidak perlu mengambil masa panjang.

“UNI MLC mengalu-alukan keputusan kerajaan dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar. Ia selari dengan pendirian UNI MLC yang tidak mahu pencarum KWSP terbeban dengan pelbagai kesukaran ketika mahu mengeluarkan wang simpanan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam dilaporkan berkata KWSP dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar untuk menambah baik inisiatif tersebut selepas mengambil kira maklum balas awam dan juga atas nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Mohamad Shafie dalam pada itu turut mencadangkan agar jumlah pengeluaran RM1,000 setiap bulan dapat dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sekali pengeluaran kerana setiap pencarum menghadapi cabaran yang berbeza.

“Ada antara mereka terpaksa membayar hutang dengan berhutang dan lain-lain keperluan harian bagi menampung kos sara hidup. Tambahan pula ada yang telah hilang pekerjaan, malah ada gaji yang dipotong dan sebagainya,” tambahnya.


Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular