Ratunaga

MAHATHIR DULU LAIN MAHATHIR SEKARANG LAIN

Pendapat ini adalah bersandarkan apa yang terjadi hari ini. Baca dengan lapang dada dan fikirkan soal masa depan keluarga dan negara, bukan kerana taksub dan tegar dengan individu. The truth is pain
Satu Malaya hangat memperkatakan isu Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah, terlucut secara automatik keahlian BERSATU atas tindakan duduk di kerusi pembangkang sewaktu Titah Diraja sempena pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-14 pada 18 Mei 2020.
TETAPI adakah kita nampak kepada isu asas kenapa perkara ini terjadi, tidak timbul isu suka tak suka dan kenapa kita hendak dikaitkan isu ini dengan istilah emosi suka tak suka. Hakikatnya Tun sendiri telah meletakkan jawatan dan yang jelas YDPA sendiri menolak perletakan jawatan Tun sebagai Perdana Menteri, tetapi Tun tetap dengan pendiriannya untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan akhirnya dengan perkenan Baginda YDPA juga, Tun dilantik sebagai Perdana Menteri Interim.
Sebagai contoh, adakah majikan akan terima kita semula bekerja di syarikat yang sama jika sebelum ini kita sendiri yang melepaskan jawatan tanpa asas yang kukuh (hingga memporak perandakan syarikat atau organisasi tersebut) dan jika kita diterima semula untuk bekerja disyarikat yang sama, bolehkah kita demand untuk mendapatkan jawatan asal yang pernah kita pegang sebelum ini.
Bahasa mudahnya Tun sendiri melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga jawatan pengerusi parti pada Februari 2020.
“Selepas pengumuman meletak jawatan Perdana Menteri tengah hari tadi, Tun Dr Mahathir Mohamad turut melepaskan kedudukan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) – Berita Harian, 24 Feb 2020”.
Dan pada 27 Feb 2020, Tun membuat pusingan u dengan menerima semula jawatan Pengerusi BERSATU selepas didesak untuk oleh kepimpinan parti untuk memimpin parti itu semula.
“Perrdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), hari ini – Astro Awani, 27 Feb 2020”
Bertapa mudah seorang yang dipilih oleh rakyat dan yang diberikan kepercayaan oleh mandat rakyat melalui PRU yang sah membuat keputusan sebegitu, sedangkan kerana isu perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ini menyebabkan pentadbiran, ekonomi negara terjejas, ditambah pula negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Adakah ini juga hendak dikaitkan dengan emosi seseorang yang diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin negara selepas rakyat bergelut dengan “peperangan” sewaktu PRU 14 diketika itu dan percayalah rakyat sudah terlalu letih untuk melayan tantrum Tun.
Tun sepatutnya lebih bersikap bertanggungjawab, profesional dan sebagai orang lama yang berpengalaman dengan sepak terajang mainan kancah politik, Tun mempunyai kekuatan, kelebihan untuk mengatasi sebarang permasalahan yang ada didalam kerajaan yang beliau bentuk bersama-sama rakan parti lain.
Apapun dugaan, cabaran sewaktu Tun memimpin PH sebelum ini samada didesak untuk berundur, ditikam dari belakang dan ditekan kiri atau kanan oleh rakan parti PH, sebagai orang lama yang mempunyai pengalaman 22 tahun dalam pemerintahan negara, ia bukanlah satu isu yang besar, yang tidak boleh diselesaikan oleh Tun, tetapi Tun membuat satu tindakan diluar kewarasan pemikiran normal dengan meletakkan jawatan atas kehendaknya sendiri.
Apa yang rakyat nampak Tun cuba bermain satu games dan sudah pasti niat asalnya tidak “merestui” Anuwar Ibrahim (Bang Non) mengambil alih jawatan Perdana Menteri atas faktor-faktor sejarah lama bakal penggantinya.
Tun dilantik sebagai Perdana Menteri selepas memenangi PRU 14 atas persetujuan semua ahli parti komponen dalam PH dan kerana mandat yang diberikan oelh rakyat yang inginkan perubahan dalam sistem pentadbiran negara di ketika itu, tetapi sewaktu beliau melepaskan jawatan adakah Tun memikirkan mandat tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.
Ini isu negara, kestabilan ekonomi negara, impak dari keputusan tersebut amatlah besar dan berisiko tinggi yang boleh menjejas atau menyerumus negara ke situasi yang lebih buruk.
Sekarang bila sudah berlaku bagai situasi yang tidak menyenangkan, Tun cuba mengheret rakyat kembali untuk bermain politik bersama beliau, semata-mata untuk kembali berkuasa, jika ya Tun berjaya didalam permainan ini, adakah Tun akan diangkat semula oleh ahli parti komponen untuk menjadi Perdana Menteri, sedangkan PH jelas telah mengeluarkan singnal sebaliknya.
“Pakatan Harapan (PH) akan menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukannya Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi menerajui pentadbiran negara jika parti itu kembali berkuasa – BH 10 Mac 2020”
Sekarang Tun telah mengisytiharkan perang keatas Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Perdana Menteri Ke-8 dan saf kepimpinannya, sedangkan Tun pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bersetuju jika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri seterusnya selepas beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri.
“TUN Dr Mahathir Mohamad bersetuju sekiranya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat sokongan majoriti dan dilantik menjadi perdana menteri kelapan – mStar, 27 Feb 2020”
Apabila Tun membuat keputusan sebaliknya ia menimbulkan satu persepsi bahawa Tun gila kuasa, mementingkan diri sendiri, ego dan adakah ini yang dikatakan sifat sebenar seorang Negarawan Ulung Negara yang dikatakan mempunyai jiwa besar demi rakyat, negara dan agamanya.
Puak kepimpinan pembangkang dan penyokong mereka telah meletakkan satu label kepada kerajaan baharu sebagai kerajaan pintu belakang, kerajaan tebuk atap dan kerajaan yang tidak mendapat mandat rakyat, kalau benar apa yang mereka perkatakan ini bermakna mereka juga menuduh secara jelas bahawa YDPA terlibat dalam percaturan seperti yang mereka maksudkan.
Apa sudah jadi dengan prinsip rukun negara, “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”, apakah kerana hendak memuaskan hati seorang bekas pemimpin yang telah membuat kesilapan percaturan permainan nya maka kita menidakkan rukun negara yang kedua tersebut. Sedangkan jelas YDPA memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan dan YDPA bebas membuat keputusan dari sebarang pengaruh politik.
Negara juga disumbat kan dengan isu LTTE, isu Chin Peng, ICERD, Song Zong, UEC, Kementerian Sumber Manusia yang dikatakan dipenuhi dengan satu bangsa, Menteri DAP mengatakan bangsa Melayu bangsa pendatang, isu penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil dalam urusan rasmi kerajaan, isu tulisan Jawi, isu papan tanda dalam kawasan PBT dan banyak lagi, yang jelas mengurus hati dan perasaan orang Melayu.
Dan Mahathir gagal menyekat semua ini daripada menjadi isu yang lebih parah dan jelas perbalahan kaum mula terdengar di sana sini.
Berundur lah Tun, berundur bukan bererti ingin menutup mulut Tun dari kancah agenda politik negara, tetapi ini masa Tun untuk berehat, setelah 22 tahun Tun menabur bakti, jasa kepada negara dengan cemerlang dan tiada siapa boleh menyangkal sumbangan Tun kepada negara tercinta ini.
Dan mungkin juga Tun boleh dilantik sebagai Menteri Mentor untuk memberi atau menyumbang sesuatu idea kepada kepimpinan baru negara supaya lebih gah dan dihormati oleh dunia luar.
Mereka yang berada di sekeliling Tun yang jelas cuba “mempergunakan” Tun, bertaubat lah, sedarlah, bagi lah Tun berehat, cukup-cukuplah dari memperkudakan Tun yang jelas anda semua mempunyai agenda tersembunyi demi kepentingan sendiri.
“Ular menyusur akar, tiada akan hilang bisanya….”
Oleh Otai Media
https://www.facebook.com/529439220427390/posts/2999245043446783/
 

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular