Ratunaga

Kisah Sarawak Rangers, Headhunter dari Sarawak Yang Jarang Diceritakan

[ad_1]

iban sarawak

Sarawak Rangers? Rata-rata golongan muda masa kini pastinya tidak pernah mendengar mengenai unit keselamatan ini yang pernah memainkan peranan penting di Sarawak satu ketika dahulu. Hal ini kerana pasukan ini tidak lagi wujud setelah dibubarkan dan anggotanya diserap ke Batalion 1, Rejimen Renjer DiRaja.

Walaupun Sarawak Rangers tidak lagi wujud, kisah kehebatan pasukan para tentera yang dianggotai oleh rata-ratanya orang Iban ini sememangnya wajar terpahat megah dalam sejarah negara dan dihargai oleh golongan muda masa kini. Sarawak Rangers diakui sebagai pasukan elit British, setaraf askar Gurkha yang mempunyai kebolehan luar biasa di medan perang.

Kehebatan Sarawak Rangers dalam menjejaki dan memburu musuh dalam hutan sangat digeruni sehinggakan mereka pernah digelar “The Sarawak Headhunter” oleh Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya British di Tanah Melayu satu ketika dahulu dan dianggap antara pasukan tentera terbaik di dunia.

Sejarah penubuhan Sarawak Rangers

sarawak rangers

pasukan sarawak rangers

Kredit foto : Borneo Post

Sarawak Rangers adalah pasukan para tentera yang ditubuhkan pada tahun 1862 oleh Rajah Kedua Sarawak, Charles Anthony Johnson Brooke. Pasukan ini bermula daripada pasukan yang padanya hanya bertahan di kubu yang dibina dibeberapa lokasi strategik sebelum fungsinya diperbesarkan untuk mempertahankan Kuching pada tahun 1846.

Sarawak Rangers pada awalnya dipimpin oleh William Henry Rodway pada tahun 1862 dan sekali lagi dari tahun 1872 hingga bersara pada tahun 1881. Pasukan ini sangat berkemahiran dengan teknik peperangan dalam hutan dan tugas-tugas kepolisian umum, dilengkapi dengan pelbagai senapang ciptaan Barat, meriam dan persenjataan tradisional.

Pada asalnya, Sarawak Rangers hanya berperanan menjaga sejumlah kubu yang dibangun di lokasi strategik di bandar dan di muara sungai. Selain melindungi kawasan persempadanan Sarawak, mereka berperanan untuk memerangi pemberontak dan terlibat dalam sejumlah kempen sepanjang sejarah mereka.

Dalam keadaan darurat atau perang yang memerlukan lebih ramai anggota, mereka akan mendapatkan bantuan daripada penduduk setempat dan orang-orang yang asli tempatan yang dilatih. Pada zaman awal penubuhan Sarawak Rangers, mereka berperanan besar membantu melawan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan pemerintahan keluarga Brooks di Sarawak. 

Jika dilihat daripada sejarah, Sarawak Rangers beberapa kali dibubarkan namun tidak lama kemudian anggotanya dipanggil semula untuk menyertai misi-misi khas yang menagih kepakaran mereka.

Akibat kemelesatan ekonomi dan keadaan di Sarawak ketika itu dikatakan mulai stabil, pasukan ini pernah dibubarkan sekitar tahun 1932. Walau bagaimanapun, keberanian dan kehebatan ahli pasukan ini masih ditagih apabila mereka diserap pula menyertai pasukan polis Sarawak pada ketika itu yang dikenali sebagai Sarawak Constabulary.

Perang Dunia Kedua

kehebatan sarawak rangers

Apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua, khidmat ahli Sarawak Rangers kembali ditagih. Kali ini, Sarawak Constabulary telah bertindak menubuhkan kembali Sarawak Rangers bagi mengekang kedatangan tentera Jepun pada penghujung tahun 1941. Walaupun gagal mengekang kemaraan Jepun, mereka sesekali tidak menyerah mudah kepada Jepun.

Selepas kematian Charles Vyner Brooke pada tahun 1946 dan penubuhan Kerajaan Jajahan Sarawak, Sarawak Rangers menjadi unit di bawah kawalan langsung British dan terlibat dalam beberapa peristiwa penting antaranya dalam peristiwa Darurat Tanah Melayu dan Konfrontasi Borneo.

Sewaktu Perang Dunia Kedua, anggota Sarawak Rangers telah diletakkan di bawah pimpinan Mej. Tom Harnett Harisson dalam satu pasukan khas yang digelar pasukan “Z Force”. Pasukan ini berperanan melancarkan strategi perang gerila terhadap pendudukan Jepun dan berjaya membunuh ramai musuh.

Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki menyaksikan Sarawak Rangers sekali lagi dibubarkan.

Darurat dan peranan pakar penjejak Iban

iban trackers

Lapan minggu selepas Darurat Tanah Melayu diisytiharkan pada 16 Jun 1948, kumpulan pertama 49 penjejak Iban daripada bekas anggota Sarawak Rangers dihantar ke Tanah Melayu untuk membantu kerajaan British yang memerintah Tanah Melayu ketika itu. Dalam sejarah, mereka ini juga dikenali sebagai “Iban Trackers”.

Pasukan Komanwel memerlukan kemahiran menjejak yang dimiliki orang-orang Iban ini untuk mengesan pengganas komunis di hutan tebal Tanah Melayu. Peranan Iban Trackers telah menunjukkan kejayaan yang luar biasa. Jika ada rasa komunis cukup hebat dengan teknik perang gerila di dalam hutan, Iban Trackers jauh lebih hebat. 

Setelah kejayaan ini, para pemimpin Iban telah menuntuk agar pasukan Iban Trackers yang dihantar pulang ini diberi tanggungjawab ketenteraan penuh. Maka, pasukan Iban Trackers ini telah membentuk semula menjadi Sarawak Rangers – sebuah unit tentera yang lengkap dengan Lt Kol CJ Baird sebagai Pegawai Memerintah pertama mereka pada 1 Januari 1953.

Penubuhan kembali Sarawak Rangers oleh kerajaan British ini umpama satu penghargaan buat peranan yang dimainkan oleh mereka. Diatur dalam dua peleton, Sarawak Rangers terus melakukan tugas yang sama seperti yang mereka lakukan ketika mereka adalah Iban Trackers.

Kemudian pada 31 Mac 1960, Sarawak Rangers (Unit Malaya) dibubarkan dan keesokan harinya, 1 April 1960, ia telah ditukar menjadi Sarawak Rangers (Far East Land Forces atau FELF). Ini meletakkan mereka sebahagian daripada Tentera British, setaraf dengan askar Gurkha dimana mereka boleh dikerah kemana-mana sahaja operasi khas di seluruh dunia.

Penubuhan Persekutuan Malaysia dan pembubaran Sarawak Rangers

sejarah sarawak rangers

Tahun 1963 merupakan sejarah penting yang menyaksikan pembentukan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Sabah dan Sarawak. Sebagai salah satu syarat penubuhan Malaysia, Perjanjian Pertahanan 1963 (Defence Agreement 63) yang ditandatangani menghendaki kerajaan British ketika itu untuk menubuhkan 2 pasukan ketenteraan masing-masing dari Sabah dan Sarawak.

Akibatnya, pada 15 September 1963 Sarawak Rangers sekali lagi dibubarkan dan pada 16 September 1963 ia menjadi Batalion 1, Rejimen Renjer. Hanya 100 anggota Sarawak Rangers (FELF) yang secara sukarela meneruskan perkhidmatan mereka sementara yang lain memilih untuk kembali ke kampung halaman.

Jika anda lihat pada logo Rejimen Renjer DiRaja, anda akan perasan motto “Agi Idup Agi Ngelaban” digunakan. Selepas membaca sejsraj dah latar belakang Sarawak Rangers, maka mungkin ada faham mengapa kata-kata keramat tersebut digunakan. 

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Sarawak Voice
  3. Winged Soldiers



[ad_2]
Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular