Ratunaga

Kisah Juruterbang ‘Survive’ 36 Hari Di Hutan Amazon Selepas Pesawat Terhempas

[ad_1]

hutan amazon 903

Bayangkan anda terhempas ke dalam hutan belantara Amazon dan berada seorang diri di sana sehinggalah pasukan penyelamat menjumpai anda. Mampukah anda bertahan berhari-hari atau mungkin berminggu-minggu lamanya seorang diri?

Itulah pengalaman ngeri yang terpaksa ditempuhi oleh seoranng juruterbang Brazil, Antonio ‘Toninho’ Sena, 36 tahun sehingga dia mengalami penurunan berat badan yang drastik setelah terhempas di hutan Amazon dan terpaksa bertahan dengan hanya roti yang dibawa bersama.

Juruterbang warganegara Brazil ini yang terhempas di tengah-tengah hutan Amazon hanya dijumpai 36 hari kemudian. Apabila diselamatkan, dia dikatakan sudah kehilangan 25 kilogram kerana hanya bertahan untuk hidup dengan roti yang dimilikinya.

Kerosakan pada pesawat

nahas kapal terbang

Ketika kejadian nahas pesawat yang dipandunya terhempas, dia yang dikenali sebagai Toninho dalam kalangan rakan-rakannya sedang dalam perjalanan ke bandar Almeirim. Namun, pesawat Cessna 210 miliknya mengalami kerosakan enjin sehingga dia terpaksa melakukan pendaratan kecemasan.

Lebih tragis, nahas pesawat ini berlaku hanya 2 hari sebelum hari jadinya yang ke 36 tahun. Ketika ditemubual oleh pemberita selepas diselamatkan, Toninho memberitahu bahawa apa yang membuatnya terus kuat dan mahu keluar daripada hutan itu hidup-hidup adalah kasih sayangnya pada keluarganya dan keinginannya untuk bertemu dengan keluarganya semula.

Lelaki malang ini dilaporkan hilang pada 28 Januari selepas berlepas dari Alenquer di tebing utara Sungai Amazon menuju ke bandar Almeirim yang berdekatan. Setelah disyaki mengalami kerosakan mekanikal, dia terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di kawasan lapang hutan berkenaaan.

Setelah berjaya melakukan penderatan, pesawat tersebut mengalami kebakaran sebelum hangus dijilat api. Dia bernasib baik apabila sempat mengambil beberapa bungkus roti dan menyelamatkan beberapa barangan peribadinya yang lain.

Toninho memberitahu wartawan bahawa dia pada awalnya hanya berada di sekitar pesawatnya itu bagi menunggu pasukan penyelamat tiba dan membawanya keluar dari situ. Namun, setelah hampir seminggu jejaknya tidak dapat ditemui oleh pasukan penyelamat, dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki mendapatkan bantuan.

Diselamatkan oleh pencari kacang berangan

tragedi juruterbang

Setelah kira-kira 4 minggu berjalan kaki cuba mendapatkan pertolongan, dia akhirnya menemui kelibat sekumpulan manusia yang sedang mencari kacang berangan (chestnut). Ketika ditemui, dia dalam keadaan sangat lemah akibat dehidrasi dan badannya mengalami luka-luka.

Setelah ditemui oleh pasukan tersebut, mereka telah membina unggun api bagi memudahkan pasukan penyiasat  dari udara mengesan kedudukan mereka, seterusnya membawa keluar lelaki malang ini. Pasukan mencari dan menyelamat berjaya mencarinya di Almeirim pada 6 Mac.

Toninho turut menceritakan kepada wartawan tempatan bahawa dia sebenarnya hampir lemas ketika cuba menyeberangi sungai setelah terdengar bunyi mesin gergaji yang digunakan oleh pasukan pencari kacang berangan tersebut. Dia turut menyatakan mereka sangat baik hati kerana memberikannya makanan sebaik menemuinya.

Menceritakan kembali detik menemui kumpulan manusia tersebut, Toninho menceritakan ketika itu waktu sekitar 3.30 – 4 petang dia sedang berjalan dalam hutan tersenbut sebelum menemui sebuah kawasan manusia berteduh bersama-sama dengan bakul yang diisi dengan kacang berangan, air dan beberapa peralatan.

Dari situ, dia kemudiannya mengikut laluan denai berdekatan sebelum menemui sekumpulan manusia yang sedang mencari hasil hutan di kawasan berdekatan. 

Setelah lokasinya ditemui oleh pasukan penyelamat, dia akhirnya dibawa keluar dengan helikopter untuk bertemu dengan keluarganya sebelum dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Peristiwa bersejarah ini turut ditayangkan secara langsung oleh sebuah stesyen televisyen Brazil.

Cukup bernasib baik

antonio toninho sena

Kisah Toninho ini merupakan satu kisah yang mengagumkan bagaimana dia mampu bertahan hidup hanya dengan roti yang sedikit sahaja. Lebih mengggerunkan, hutan Amazon juga dioenuhi dengan binatang-binatang buass seperti buaya dan ular.

Selain itu, Toninho sangat bernasib baik apabila ditemui oleh sekumpulan manusia yang baik hati. Hutan Amazon merupakan lokasi penjenayah seperti pengedar dadah menjalankan operasi mereka kerana lokasinya yang sukar diakses. Sekiranya ditemui oleh penjenayah-penjenayah ini, dia mungkin dibunuh.

Itulah yang pernah terjadi kepada seorang guru dari Britain, Emma Kelty, 43 tahun di mana pada tahun 2017 dia telah diserang dan ditembak oleh sekumpulan pengedar dadah. Ketika dihumbang ke dalam sungai, wanita malang itu dikatakan masih hidup namun akhirnya mati akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketika kejadian itu berlaku, Emma Kelty dikatakan sudah berada di hari ke 42 dalam misinya berkayak secara solo sejauh 4,000 batu dari hulu kehilir sungai Amazon.

Kredit:

  1. The Sun 
  2. The Mirror



[ad_2]
Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular