Ratunaga

Ketua Wirawati AJK Dan Cawangan Sepanggar Keluar Warisan

Ketua Wirawati Sepanggar, Raisa Abd Ghaffur dan beberapa kepimpinan tertinggi diperingkat Bahagian serta beberapa ketua Cawangan di Parlimen Sepanggar telah bertindak keluar atau tidak lagi menyokong Parti Warisan berkuatkuasa kemarin.
Alasan mereka sebab tidak lagi yakin dengan kepimpinan Warisan khususnya Ahli Parlimen Sepanggar Aziz Jamman mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Ketidakyakinan itu menyentuh kepimpinan Warisan secara keseluruhannya yang tidak mempedulikan nasib mereka walaupun sebelum ini telah berlaku perbincangan secara empat mata dengan pihak tertentu.
Kesungguhan didalam membantu masyarakat yang selama ini menyokong dan mengundi Parti Warisan tidak berlaku atau diabaikan. Walhal semasa berkempen bukan main lagi, ikan masin pun boleh hidup.
Tidak terkecuali soal bantuan Covid 19 yang diumumkan oleh ketua menteri Shafie Apdal namun tidak sampai ke tangan mereka.
Banyak lagilah alasan mereka, contoh permohonan bantuan kebajikan secara khusus yang dipandang sebelah mata. Seperti bantuan persekolahan dan lain-lain.
Ketidakfahaman mereka sesama jentera parti terutamanya diantara Cybertroper aka besi buruk Warisan juga mempengaruhi tindakan mereka untuk keluar dari Parti Warisan.

Ini berdasarkan maklumat yang admin dapat dari semasa ke semasa.
Akhirnya sekejap lagi pada Wirawati Wirawati dan ahli cawangan Warisan serta AJK yang terbabit itu. Sudah kah kamu bersedia dengan tomahan, ungkit-mengungkit yang bakal dilemparkan oleh jentera parti yang masih setia pada Parti Warisan. Silap-silap baju murahan yang kamu pakai itu akan dipersoalkan dijajah, begitu juga dengan pelbagai bantuan yang kamu telah guna termasuklah makan minum semasa kamu berkempen di pilihanraya yang lepas.
Jangan saja jentera yang nekad ini membuat pusingan u turn, nah sudahlah. Mangkinlah kamu tu dianggap besi buruk bukan hanya oleh kepimpinan Warisan tapi juga oleh komuniti yang ada disekeliling mereka.

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular