Ratunaga

Kes positif di Selangor naik mendadak

Selangor mengalami kenaikan mendadak dalam jumlah kes positif COVID-19 apabila merekodkan 63 kes baharu hari ini berbanding 24 kes semalam.
Menurut kenyataan yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) di laman web amirudinshari.com, kenaikan kes baharu itu dapat dijangka dan datang daripada kawasan yang terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Hari ini terdapat kenaikan rekod kes yang mendadak di mukim Batu yang menjadikannya berubah kepada zon merah.
“Kenaikan keseluruhan kes baharu di Selangor juga mempengaruhi petunjuk bagi daerah yang mana daerah Petaling dan Gombak kembali menjadi zon merah.
“Antara faktor dorongan kenaikan kes baharu datang daripada kawasan Perintah PKPD. Kenaikan kes di kawasan berkenaan dapat dijangka dan berada dalam kawalan baik,” jelas kenyataan itu.
Pertambahan kes baharu itu menjadikan kes terkumpul di negeri itu adalah sebanyak 1,518 kes setakat hari ini.
 
Sumber: Bharian
 

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular