Ratunaga

Kes positif COVID-19 melepasi 3 juta di seluruh dunia

AS kekal negara paling teruk terjejas dan kumulatif kes positif kini 961,000 iaitu pertambahan 22,000 kes. -REUTERS
KES positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 3 juta orang setakat awal pagi Selasa.
Data Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan lebih 70,000 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam dengan tujuh negara kini mempunyai angka positif melebihi 100,000.
Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dan kumulatif kes positif kini 961,000 iaitu pertambahan 22,000 kes.
Sepanyol dan Itali masing-masing mencatatkan 229,000 dan 199,000 kes.

Itali dijangka melepasi angka 200,000 ketika negara itu kini mengumumkan pelan melonggarkan sekatan pada 4 Mei setelah mencatatkan penurunan kes positif dan kematian dari hari ke hari.
Negara keempat dan kelima mempunyai kes positif yang tinggi adalah Perancis dan Jerman dengan masing-masing merekodkan 162,000 dan 158,000 kes.
Sementara United Kingdom (UK) dan Turki pula mempunyai kes positif 158,000 dan 112,000 kes.
Jumlah pesakit COVID-19 yang telah sembuh daripada virus itu kini melebihi 887,000 di seluruh dunia.
Negara-negara di Eropah yang terjejas teruk akibat pandemik itu kini mula melonggarkan sekatan setelah mencatatkan penurunan kes positif dan kematian sejak seminggu lalu.

SUMBER: Siakapkeli

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular