Ratunaga

Kerana sambut hari lahir rakan 4 didenda RM700 langgar PKP

4 lelaki termasuk 2 warganegara asing, masing-masing didenda RM700 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini kerana mengingkari perintah kawalan pergerakan.
Mereka ialah Bradley Yeop Lip Gang, 26, Derick Loh Wei Chun, 27, serta 2 warganegara Taiwan Tsai Mu Teng, 33, dan Wang Wei Hung, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di depan Majistret Normaizan Rahim.
anggota polis mendapat aduan orang awam mengenai kegiatan keluar masuk penghuni tidak dikenali di kawasan perumahan Taman Tiara Kemensah Rimba, Ampang pada 5 petang 17 April lalu.
Ketika tangkapan dibuat keempat-empat tertuduh, mereka memberi alasan ke rumah itu bagi menyambut hari lahir rakan.
Mereka didakwa di bawah Peraturan 3(2) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, mengikut Peraturan 11(1) peraturan sama yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
SUMBER: Freemalaysiatoday.com

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular