Ratunaga

YB Dr Daroyah: Pemuda Negara Kapar Selangor menjawab kenyataan Menteri Besar Selangor

Pemuda Negara Kapar terkesima dengan pandangan Dato’ Menteri Besar Selangor supaya YB Dr Daroyah Alwi, Ahli Dewan Negeri Selangor meletakkan jawatan sebagai ADN Sementa ekoran keputusan beliau untuk meninggalkan PKR.
Pemuda Negara Kapar ingin bertanya kepada Dato’ Menteri Besar apakah saranan beliau itu bertujuan untuk menyediakan kerusi DUN Sementa buat Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau Rafizi Ramli? Ini kerana, kami yakin kepimpinan dan akar umbi PKR masih melihat YAB Amirudin Shari sebagai ‘kartel Azmin’ yang hanya ‘berlakon setia’ semata-mata untuk mengekalkan kerusi empuk Menteri Besar Selangor.
Jangan lupa, melalui beberapa gambar yang viral, Dato’ Menteri Besar juga dituduh terlibat sama dalam merancang Langkah Sheraton. Malah, beberapa pegawai dan rakan-rakan Dato’ Menteri Besar juga ada bersama kami di Sheraton pada hari kejadian.
Maka, Pemuda Negara Kapar ingin berpesan kepada Dato’ Menteri Besar supaya berhati-hati dengan cadangan tersebut kerana dikhuatiri akan memakan diri sendiri.
Kami berdoa semoga Dato’ MB diberikan kekuatan dan ketabahan untuk berdepan intrik politik dalam PKR yang pasti tiada kesudahannya. Selamat maju jaya.
Ameer Asshafiq
Ketua Pemuda Negara
Parlimen Kapar

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular