Ratunaga

Kadar jangkitan COVID-19 di New Zealand menurun

Buat pertama kalinya selepas lebih sebulan negara itu mengenakan perintah berkurung bagi mengekang penularan COVID-19.
Kini rakyat New Zealand kembali dapat meneruskan aktiviti memancing, meluncur dan mendaki minggu ini.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengambil keputusan melonggarkan syarat perintah berkurung selepas melihat kes virus tersebut mula menunjukkan tanda-tanda pengurangan dengan kadar jangkitan turun sehingga 1 peratus.
Seramai 400,000 orang akan kembali bekerja setelah negara itu menurunkan tahap amaran bahaya COVID-19  pada tengah malam Isnin.
Premis kedai dan restoran akan tetap ditutup kerana beberapa sekatan penjarakan sosial masih dilaksanakan di negara itu.
Kedai makan dan restoran pada masa sama mengumumkan rancangan penghantaran tanpa sentuhan, manakala kedai runcit mempraktikkan sistem pembelian dalam talian dan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah bagi mengikuti arahan penjarakan sosial.
5 juta penduduk New Zealand terjejas selepas pihak kerajaan mengambil langkah perintah berkurung yang mana pejabat, sekolah, bar dan restoran, termasuk perkhidmatan bawa pulang dan penghantaran mula ditutup sejak 26 Mac lalu.
Aktiviti perniagaan, termasuk  parlimen dan mahkamah, memulakan persiapan pada hujung minggu bagi memulakan semula operasi minggu ini sambil mengekalkan peraturan penjarakan sosial.
 
Sumber: Astroawani.com

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular