Ratunaga

Ini Sebab Mengapa Tak Banyak Pencakar Langit Di Eropah

[ad_1]

mengapa eropah kurang bangunan pencakar langit

Mungkin ada di antara kita yang sedar bahawa benua Eropah tidak begitu banyak memiliki pencakar langit, kan?

Walaupun ia adalah antara benua yang paling membangun, padat dengan penduduk dan juga kaya, jumlah pencakar langit di Eropah tersangatlah sedikit terutamanya jika dibandingkan dengan Asia dan Amerika Utara.

Daripada 218 pencakar langit yang dibina di benua Eropah sehingga hari ini, 66% daripadanya terletak hanya di 5 buah bandar iaitu London, Paris, Frankfurt, Moscow dan Istanbul.

Jadi, persoalan mudah di sini adalah, mengapa bandar-bandar besar Eropah lain “tidak sukakan” pencakar langit? Bagaimana mereka berkembang tanpa pencakar langit yang dilihat sebagai penanda kemajuan? Dan adakah situasi ini akan berubah?

Ketika bangunan pencakar langit mula mendapat perhatian pada abad ke-19 iaitu pertama di Chicago dan kemudian di New York, banyak bandar di Eropah telah terbina kukuh dengan bangunan bersejarah dan kawasan awam, membuatkan ruang untuk struktur baru yang besar terhad.

new york 99

(New York)

Kebanyakan bandar-bandar Eropah pada ketika itu juga dizonkan secara sekata dan daerah-daerah penting juga tidak mempunyai permintaan untuk pembangunan bangunan tinggi.

Selain itu, ketika kekuatan dan pengaruh Amerika Utara mulai berkembang, persaingan budaya muncul antara orang Amerika yang melihat sistem kelas Eropah sebagai ketinggalan zaman dan orang Eropah yang melihat sesetengah cita-cita Amerika sebagai tradisi yang menghakis dan cara hidup Eropah.

Hasilnya, kedua-dua benua menjadi lebih berhati-hati dalam menerapkan konsep yang digunakan oleh yang lain.

Ketika Amerika Utara mempunyai impian untuk menjadi model kepada era baru, Eropah pula berusaha untuk mengekalkan warisannya.

Dan walaupun fakta ini menjelaskan mengapa pembinaan pencakar langit pada mulanya tidak mendapat tempat di Eropah, namun ia tidak menerangkan apa yang mengekang benua ini daripada membina pencakar langit sejak dari itu.

Pembinaan semula selepas WW2

pembinaan semula berlin selepas ww2

Selepas Perang Dunia Kedua, banyak yang berpendapat bahawa bandar-bandar Eropah akan menjadi lebih moden dan meniru pencakar langit yang sedang membangun seluruh Amerika Utara.

Walau bagaimanapun, di Eropah barat iaitu di mana banyak bandar kehilangan mercu tanda dan struktur bersejarah, mereka lebih bersemangat dan memilih untuk membaiki apa yang telah musnah.

Tambahan pula, jumlah populasi di Eropah yang agak rendah pada ketika itu bermakna permintaan untuk bangunan tinggi tidak wujud.

Hasilnya, struktur sederhana menggantikan bangunan-bangunan yang tidak dapat diselamatkan atau dibaiki.

london selepas ww2

Sementara itu di Eropah Timur, usaha untuk membangunkan semula oleh Kesatuan Soviet sebahagian besarnya terdiri daripada struktur-struktur yang sama dengan ketinggian sederhana (5 hingga 10 tingkat) bertujuan untuk menempatkan semula sebahagian besar penduduk.

Ketika inilah bangunan-bangunan pencakar langit pertama di Eropah terbina, bukannya sebagai tindakbalas kepada pertumbuhan dan kekayaan tetapi usaha Kesatuan Soviet untuk menunjukkan kekuatan dan pengaruh mereka.

“Brusselization”

brussel belgium

(Brussels)

Walaupun Brussels tidak pernah membina bangunan pencakar langit yang sebenar, namun ia bertanggungjawab dan menjadi penyebab kepada kekurangan bangunan pencakar langit di seluruh benua ini.

Tanpa peraturan pengezonan yang jelas, tahun 1960-an menyaksikan banyak bangunan di kota itu dirobohkan untuk memberi laluan kepada struktur besar dan moden yang tidak begitu mementingkan nilai seni bina atau budaya.

Menyedari kerosakan yang disebabkan oleh pembangunan semula terhadap bandar ini, ramai tokoh penting dan arkitek terkemuka mencipta istilah “Brusselsization” dan melobi untuk memperkenalkan peraturan perancangan bandar baharu.

paris 859

Peraturan-peraturan ini mengehadkan skala bangunan baharu dengan begitu ketara dan pemulihan bangunan lama didahulukan, yang mana menjaga struktur budaya bandar tersebut.

Pergolakan di Brusell ini menyebabkan masyarakat umum tidak sukakan bangunan moden di seluruh Eropah dan ramai yang melihatnya sebagai hambar atau tidak mempunyai “jiwa”.

Sebagai tindak balas, banyak bandar menggunapapkai peraturan yang sama dan menetapkan daerah terkawal seperti La Defense di Paris, untuk menjauhkan pembinaan bangunan tinggi dari pusat bersejarah.

Era bandar

london hari ini

Bermulanya abad ke-21, ketidaksukaan terhadap bangunan tinggi semakin pudar di seluruh benua Eropah apabila trend seni bina berubah dari struktur seperti kotak ke arah reka bentuk yang lebih unik.

Sejak awal tahun 2000-an, pembinaan beberapa pencakar langit mula dilihat di pusat kewangan utama seperti London, Paris, Moscow, Istanbul dan Frankfurt, disebabkan oleh permintaan terhadap ruangan komersial yang semakin meningkat.

Sebaliknya, bandar-bandar Eropah yang lebih kecil yang mengalami pertumbuhan yang sederhana telah mengalihkan tumpuan mereka kepada alam sekitar dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

negara scandinavia paling gembira di dunia

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kawasan-kawasan bandar di Scandinavia dan Eropah Tengah berada di kedudukan teratas dunia dari segi kemampanan, kebahagiaan dan kesejahteraan, sambil mengekalkan kepentingan dalam ekonomi negara mereka.

Walau bagaimanapun, pembinaan bangunan pencakar langit di bandar-bandar besar pada hari ini tidak lagi didorong oleh pertumbuhan ekonomi semata-mata atau keperluang ruang pejabat komersial.

Dengan 60% populasi manusia global akan tinggal di kawasan bandar pada tahun 2030, bangunan pencakar langit kini semakin terkenal terutamanya di seluruh Asia dan Amerika Utara.

pencakar langit di malaysia

Oleh kerana banyak industri berasaskan desa atau kampung kini berubah menjadi automatik, berjuta-juta orang berpindah ke bandar utama, mendorong permintaan yang besar terhadap ruang kediaman yang mana biasanya diselesaikan dengan pembinaan bangunan tinggi.

Eropah tidaklah kebal terhadap fenomena ini, terutamanya dalam dunia yang sangat global dan dengan keinginan benua ini untuk mengikuti perkembangan serta pertumbuhan ekonomi China dan AS.

Oleh itu, ledakan pencakar langit dalam beberapa dekad yang akan datang bakal dilihat di Eropah.

Walau bagaimanapun, dengan seluruh pusat bandar di Eropah ketika ini yang mementingkan sejarah dan cuba untuk mengekalkan budaya serta seni bina, kita mungkin tidak dapat melihat pembinaan bangunan tinggi di benua ini dalam masa terdekat.

Rujukan:

1. Igsmag

2. History

3. B1M



[ad_2]
Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular