Ratunaga

Ini Laluan Memandu Paling Panjang Dan Jauh Di Dunia

jalan raya paling jauh di dunia

Sedang anda memandu di atas lebuh raya, pernahkah anda terfikir berapakah jarak memandu terpanjang di atas muka Bumi?

Jika jarak perjalanan dari Padang Besar ke Johor Bharu mencecah 850 kilometer, bagaimana pula dengan yang terpanjang di dunia.

Ketika ini, terdapat empat sistem jalan raya utama yang berbeza di dunia iaitu di benua Amerika Utara, Amerika Selatan, Australia dan yang terbesar, iaitu Eurafrasia yang merangkumi tiga benua iaitu Eropah, Afrika dan juga Asia.

4 sistem jalan raya terbesar di dunia

Jika kita lihat ketiga-tiga daratan benua ini bersambung, jadi masuk akal untuk kita beranggapan bahawa kesemuanya dihubungkan melalui jalan darat, kan? Jawapannya adalah tidak.

Adalah mustahil untuk menyerebrangi dari Afrika ke Asia atau sebaliknya, melalui jalan darat disebabkan oleh Terusan Suez.

Terusan Suez adalah laluan yang membolehkan perjalanan dari Eropah ke Asia dilakukan dengan cara berlayar.

Oleh itu, satu-satunya hubungan fizikal antara dua benua ini adalah tiga jambatan yang merentasi Terusan Suez, namun disebabkan sistem jalan raya masih bersambung, maka ia masih dikira sebagai satu sistem jalan raya yang besar.

terusan suez memisahkan benua afrika dan asia

(Terusan Suez adalah titik pemisahan Afro-Eurasia)

Seperti Afrika dan Asia, kedua-dua benua Amerika secara teknikalnya tidak bersambung disebabkan oleh terusan buatan manusia iaitu Terusan Panama.

Namun ini tidak menjadi masalah kerana terdapat beberapa jambatan yang merentasi jalan air yang sempit di sana. Masalah di kawasan ini adalah Jurang Darién, di mana tidak ada satu jalan pun yang merentasi kawasan rawa sepi ini yang merangkumi sempadan Panama-Colombia.

Kawasan ini ditakluki oleh pasukan separa tentera dan juga raja dadah, jadi tiada permintaan untuk membina jalan di kawasan berbahaya ini yang dilihatkan sebagai berbaloi.

Inilah sebab mengapa Amerika Utara dan Amerika Selatan mempunyai dua jalan sistem jalan berasingan yang langsung tidak bersambung.

darien gap pisahkan amerika utara dan selatan

(Jurang Darién)

Jadi, di mana jalan terpanjang di dunia bermula? Secara dasarnya, ia boleh bermuli di banyak tempat. Sistem jalan raya Amerika Utara sangat panjang, boleh bermula dari Teluk Prudhoe di Kanada, sehingga ke Yaviza di Panama.

Namun jarak ini hanyalah sejauh 11,899 kilometer dan dengan memandu secara terus dalam masa 6 hari, ia masih bukan jarak yang terpanjang.

Malah, Amerika Utara, Amerika Selatan, dan Australia tidak mempunyai laluan jalan raya terpanjang di dunia.

image 624

(Jarak memandu dari Teluk Prudoe ke Yaviza sejauh 11,899 kilometer)

Jadi, akal logik kita akan memikirkan bahawa jalan raya bersambung yang paling panjang di dunia adalah dari suatu tempat di Afrika Selatan hinggalah ke Rusia timur, namun logik ini tidak benar.

Ini kerana terdapat beberapa masalah.

Pertama, hampir setiap laluan bersambung dari selatan menuju ke utara di benua Afrika melalui bahagian barat benua ini akan membawa anda ke Kinshasa di Republik Demokratik Kongo.

Kawasan yang terletak hanya berseberangan dari sungai di Kinshaha adalah Brazzaville di Republik Kongo, tetapi tidak ada jambatan yang merentasi kedua-dua ibu negara ini.

kinshasa republik kongo

(Khinshasa)

Jalan terpantas dari Afrika Selatan dan Asia adalah melalui Eropah Barat dan bukannya Timur Tengah, kerana lebuh raya di Eropah Barat adalah lebih maju dan cepat.

Namun ini bermakna anda perlu menyeberangi Mediterranean menaiki feri yang mana membuatkan jalan ini terbatal daripada menjadi jalan memandu paling panjang di dunia.

Jadi, kita perlu bermula di Eropah. Di Eropah, lokasi paling terpencil dan paling hujung adalah di Sagres, Portugal. Dari sini, anda boleh memandu sejauh-jauhnya ke timur sehingga ke tebing Sungai Aldan di Rusia.

Jarak memandu dari Sagres ke Aldan adalah 13,578 kilometer, namun ini bukanlah jarak paling jauh yang anda boleh pandu secara terus.

jarak memandu secara terus paling jauh di dunia

Ini kerana memandu dari Sagres ke Khasan, Rusia adalah jarak yang paling jauh.

Khasan adalah satu-satunya bandar Rusia yang bersempadan dengan Korea Utara dan ia juga merupakan titik paling ekstrem dalam sistem jalan raya mereka.

Dengan tiada feri dan hanya terdapat dua pusat pemeriksaan kastam, maka anda boleh memandu terus sejauh 13,988 kilometer yang mengambil masa sekitar 6 hari 23 jam dari Sagres, Portugal ke Khasan, Rusia.

Ini menjadikan laluan ini sebagai jalan memandu bersambung yang paling panjang dan jauh di dunia.




Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular