Ratunaga

Ini Apa Yang Berlaku Kepada Badan Anda Jika Menderma Organ

[ad_1]

organ manusia 550

Dengan pendermaan organ, kematian seseorang boleh menyelamatkan banyak nyawa yang lain.

Namun apabila penderma meninggal dunia, apa yang akan berlaku kepada badan penderma dan bagaimana doktor menyelamatkan organ untuk pemindahan?

“Untuk menjadi penderma organ, seseorang itu perlu terlantar di hospital, menggunakan alat pernafasan dan mengalami kecederaan parah secara neurologi,” kata Heather Mekesa, Ketua Pegawai Operasi Lifebanc, organisasi pemerolehan organ Northeast Ohio.

Terdapat dua cara di mana ini boleh berlaku, iaitu kematian otak dan kematian jantung.

Kematian jantung berlaku apabila pesakit mengalami kerosakan otak yang teruk sehingga mereka tidak akan pulih sepenuhnya. Kerosakan ini boleh berlaku pada bahagian otak yang berlainan.

Otak pesakit tersebut mungkin masih berfungsi sedikit, namun doktor menentukan bahawa mereka tidak akan dapat pulih.

Penderma hanya bertahan hidup menggunakan alat bantuan pernafasan, di mana keluarga mereka boleh memilih untuk memutuskan sama ada meneruskan penggunaan alat itu atau tidak. Pesakit ini akan dianggap mati secara sah apabila jantungnya berhenti berdegup.

Menurut satu kajian pada tahun 2020 dalam jurnal BMJ Open, kebanyakan organ yang didermakan datang dari kes-kes kematian otak, di mana penderma tidak mempunyai fungsi otak.

pesakit koma

Doktor akan mendiagnosis seseorang itu sebagai “mati otak” apabila pesakit berada dalam keadaan koma, tidak mempunyai refleks stem otak, dan gagal dalam ujian apnea yang berfungsi untuk menunjukkan jika semua fungsi stem otak telah hilang.

Seseorang yang mati otak dikategorikan sebagai mati secara sah, walaupun mereka masih bernafas dengan alat pernafasan dan ini ditentukan oleh doktor dan bukannya pasukan pemindahan organ.

Ketika badan penderma organ terus hidup melalui alat bantuan, pasukan pemerolehan organ akan melakukan ujian sama ada organ mereka selamat untuk pemindahan.

Jika penderma mempunyai barah atau jangkitan seperti COVID-19, organ-organ penderma mungkin tidak boleh digunakan, namun bukan semua penyakit menghalang organ-organ ini daripada digunakan.

Sebagai contoh, penderma yang positif HIV boleh menderma organ mereka kepada penerima yang juga positif HIV.

Ujian darah secara rutin dapat menunjukkan sama ada organ seperti hati dan ginjal, sihat atau tidak.

apa berlaku kepada badan jika derma organ selepas mati

Pasukan pemerolehan organ kadang-kala memeriksa jantung penderma untuk mengesan kerosakan atau tersumbat, dengan memasukkan tiub nipis ke dalam arteri atau urat dan memasukkannya melalui saluran darah mereka ke jantung.

Pasukan ini juga boleh menggunakan sinar-X dada untuk menilai paru-paru berkaitan dengan ukuran, jangkitan, atau tanda-tanda penyakit.

Ujian lanjut  boleh dilakukan dengan memasukkan tiub nipis ke dalam paru-paru bagi mengenal pasti jangkitan dan menentukan sama ada antibiotik diperlukan.

Walaupun otak adalah organ yang tidak pernah dipindahkan, tetapi semua organ lain boleh didermakan sekiranya berlaku kematian otak.

Namun dalam kes kematian jantung, jantung mungkin terlalu rosak untuk didermakan, menurut kajian 2020.

Selepas menguji organ-organ ini, pasukan pemerolehan organ akan mencari dan mengesahkan padanan penerima dari senarai menunggu pemindahan.

derma organ 462

Dalam kes kematian otak, doktor-doktor akan mula memulihkan organ dengan mengapit sistem peredaran darah untuk menghentikan alat pernfasan daripada mengepam darah ke seluruh badan.

Untuk kematian jantung, mereka akan menghentikan alat pernafasan dan menunggu sehingga jantung berhenti berdegup, yang mungkin mengambil masa sekitar 30 minit hingga 2 jam.

Kemudiannya mereka akan menunggu 5 minit lagi untuk memastikan bahawa jantung penderma tidak berdegup kembali.

Jika masa yang diambil untuk jantung berhenti adalah terlalu lama, pakar bedah boleh memutuskan untuk tidak memulihkan organ-organ kerana organ-organ ini mula rosak.

Untuk kedua-dua jenis penderma organ (kematian otak atau jantung), pakar bedah kemudiannya akan mengeluarkan darah organ penderma, mengisi semula dengan larutan pengawet sejuk, dan mengeluarkan organ tersebut.

Organ-organ tersebut akan dihantar kepada penerima dan pemindahan akan dilakukan.

Proses ini perlu dilakukan dengan pantas, di mana jantung dan paru-paru hanya dapat bertahan antara 4 dan 6 jam di luar badan, pankreas sekitar 12 hingga 24 jam, hati sehingga 24 jam dan buah pinggang pula mampu bertahan selama 48 hingga 72 jam.

Rujukan:

1. Mayo Clinics

2. Science

3. Organ Donor



[ad_2]
Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular