Ratunaga

Info Penuh Majlis Nikah / Kahwin Intan Ladyana dan Harris Alif

[ad_1]

harris intan ladyana

Kredit foto: Instagram Fillea Studio & Instagram Harris Alif

   

Juara Idola Kecil musim ketiga, penyanyi Harris Alif. 22, selamat disatukan dengan pelakon Intan Ladyana, 39, dalam majlis pernikahan yang berlangsung kira-kira jam 10 pagi tadi.

Sejurus majlis selesai, pasangan ini melayan pihak media menerusi sidang media secara dalam talian yang diadakan pihak Sony Music.

Berikut merupakan butiran lanjut majlis penyatuan antara dua selebriti dengan jarak umur 17 tahun ini.

   

intan ladyana

Kredit foto: Instagram Harris Alif

   

Info Pernikahan / Perkahwinan Harris Alif dan Intan Ladyana

1. Dinikahkan dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam lingkungan jam 10 pagi pada 5 Februari 2021 (Jumaat).

2. Pernikahan mereka asalnya dirancang diadakan pada 6 Februari 2021 (Sabtu), namun terpaksa diawalkan sehari kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bagi mengikut jadual pihak Jawi.

   

harris alif intan ladyana

Kredit foto: Instagram Fillea Studio

   

3. Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum bertindak sebagai jurunikah dan wakil wali. Turut serta, Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nasir Abdullah.

4. Harris memberikan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

5. Pihak perempuan dengan sembilan dulang barang hantaran, dibalas tujuh dulang pihak lelaki, namun tidak dibawa bersama sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

   

harris alif 893

Kredit foto: Instagram Intan Ladyana

   

6. Pernikahan yang berlandaskan SOP itu melibatkan hanya 14 orang anggota keluarga sahaja.

7. Busana Harris dan Intan adalah daripada pereka fesyen, Hatta Dolmat dan Epul Senitravision.

8. Pasangan ini merancang untuk mengadakan tiga majlis resepsi pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

9. Sebelum ini, mereka terlebih dahulu merancang untuk mengadakan malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang dengan tajaan bernilai lebih RM13.5 juta, namun hasrat itu terkubur berikutan PKP yang dilaksanakan kerajaan.

   

intan ladyana harris

Kredit foto: Instagram Harris Alif

   

Kronologi Hubungan Harris Alif Dan Intan Ladyana

  • Mula berkawan sejak 10 tahun lalu.
  • Menyulam cinta sejak Mac 2020.
  • Hubungan mereka dikesan pihak media selepas perkongsian foto Harris di Instagram yang menyaksikannya berpakaian sedondon dengan Intan pada hari raya kedua 2020 dengan kapsyen berbunyi ‘second raya with love’.
  • Harris mendedahkan percintaan mereka kepada umum pada Mei 2020.
  • Harris merisik Intan pada Julai 2020.

   

Baca: Biodata Harris Alif

Baca: Biodata Intan Ladyana

   

intan ladyana kahwin 910

intan ladyana dan harris alif

Kredit foto: Instagram Harris Alif

   

Kredit video: Sidang Media Pengantin Baru, Intan Ladyana & Harris Alif, Akad Nikah Sekali Lafaz di JAWI Ikut SOP

   

Sumber:

1. Intan Ladyana kini sah isteri Harris Alif, akad nikah berlangsung ikut SOP di Jawi

2. Harris Alif, Intan Ladyana selamat bernikah, tangguh dulu tiga majlis resepsi

3. Intan, Harris selamat diijabkabul

   



[ad_2]
Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular