Ratunaga

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hati Yang Dikhianati (Slot Tiara Astro)

[ad_1]

hati yang dikhianati

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

  

‘Hati Yang Dikhianati’ merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021 adaptasi daripada telenovela Sepanyol berjudul Mis Tres Hermanas atau ‘My 3 Sisters’ (lakonan Scarlet Ortiz, Ricardo Álamo dan Roxana Díaz) yang pernah mencetuskan fenomena pada sekitar tahun 2000.

  

Sentuhan pengarah Riza Baharudin lakonan Amar Baharin, Isyariana Che Azmi, Nabil Aqil dan Mona Allen ini memulakan tayangan pada 12 April 2021 di slot Tiara, Astro Prima bagi menggantikan siri Angkara Cinta.

  

sinopsis hati yang dikhianati

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

  

Sinopsis

Mengisahkan Iskandar (Zamarul Hisham), abang sulung yang memegang tanggungjawab membesarkan tiga orang adik perempuannya selepas ibu mereka meninggal dunia.

   

Mereka berempat menempuh kehidupan yang penuh dengan liku dan dugaan.

   

Adiknya, Lisa (Isyariana) yang juga seorang jururawat menjalinkan hubungan cinta dengan Zuhri Elyas (Amar Baharin), seorang jurutera yang bakal menikahi anak perempuan bosnya.

   

drama hati yang dikhianati

Kredit foto: Instagram Isyariana

  

Pelakon

Ditunjangi Amar Baharin dan Isyariana Che Azmi.

  

Turut membariskan Mona Allen, Afifah Nasir, Nabil Aqil, Syamim Farid, Zaki Azeman, Shah Iskandar, Mia Nasir, Adam Malek, Qistina Khaled, Ary Nalieya (Arena Iman), Zamarul Hisham, Malek Mccrone, Lan Siro, Fazlina Ahmad Daud dan Sahronizam.

  

     

mis tres hermanas

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Riza Baharudin menggalas tanggungjawab sebagai sutradara dalam naskhah terbitan syarikat produksi Global Station Sdn Bhd ini.

  

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Vida

Penyanyi: Isyariana & Dean Eiman

Penulis lirik: Aisha Retno

          

hati yang dikhianati episod

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

  

Waktu Siaran

65 siri episod di saluran Astro Prima mulai 12 April 2021, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di slot Tiara.

  

Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] Hati Yang Dikhianati – Bermula 12 April di Astro Prima

  

Sumber:

    



[ad_2]
Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.