Ratunaga

Cubaan Anwar untuk heret Azmin Ali dalam 'gelanggang' tak dilayan dan tak dipedulikan langsung oleh Azmin Ali

Dengan cubaan menyerang Azmin, Anwar mengharapkan ‘cabaran’ itu disahut oleh Azmin.
Anwar tau jika dia gagal mengheret Azmin masuk ke dalam permainan gelanggang, dia akan kehilangan rating, tumpuan dan populariti di kalangan rakyat.
Azmin bukan tak mahu menjawab dan bukan tak tau akan kewujudan bala macai upahan Anwar yang siap sedia masuk menyerang secara berjemaah dalam siaran langsung sosmed dan posting-posting Azmin di twitter, fb dan ig.
Anwar sudah mempopularkan Azmin dari satu sudut lain. Tapi Azmin juga telah membuatkan Anwar hilang rating dan populariti dengan ‘bo’ layan umpanan Anwar.
Sebagai makluman, lima hari terakhir bulan April iaitu dari 26 hingga 30 April 2020, hit posting twitter Anwar antara yang paling banyak, namun ia lebih nampak ciri ‘diri sendiri’ daripada membawa imej PH. Manakala kementerian Azmin iaitu MITI mendapat liputan media utama dan sosmed dalam ranking ketiga selepas PDRM dan Majlis Keselamatan Negara.
Itu sebab Anwar cuba heret Azmin supaya impak liputan MITI tersebut dapat seiring dengan hit posting twitter dia.
Kadangkala agar sukar hendak memahami strategi Azmin dalam sosmed. Netizen pun sudah kesan dan nampak ‘gerombolan’ penghentam Azmin yang sering tak ketinggalan slot komen menghentam dengan perkataan-perkataan jelik ‘semburit’ dan ‘pengkhianat’. Netizen juga sudah boleh menjangka bahawa ‘macai cyber’ Anwar yang berperanan dalam hentaman di sosmed Azmin.
Penulisan dari Buya Mukara
Penulis dan permehati bebas
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan ratunaga.com *

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular