Ratunaga

Cara Mohon Dan Daftar I-Saraan KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada menyediakan inisiatif bagi mereka yang bekerja sendiri samada dalam sektor ekonomi gig, surirumah dan sebagainya. Inisiatif ini adalah bagi menyediakan platform kepada anda untuk turut mencarum dan melakukan simpanan kewangan melalui KWSP. Peruntukkan geran sebanyak RM50 juta telah dilancarkan melalui Pelan Pemulihan Ekonomi bagi program i-Saraan ini.
i-Saraan merupakan sebuah program caruman sukarela KWSP dengan insentif untuk rakyat Malaysia yang bekerja sendiri mahupun surirumah. Setiap pencarum juga berpeluang untuk menerima insentif khas dari kerajaan sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setiap tahun kepada ahli berdaftar di bawah usia 55 tahun dalam program i-Saraan ini.
SYARAT KELAYAKAN I-SARAAN

  • Warganegara Malaysia
  • Bekerja Sendiri
  • Berdaftar sebagai Ahli KWSP
  • Berumur 55 Tahun ke Bawah
  • Melakukan pilihan i-Saraan ‘Menghantar borang KWSP 16G (M)’

CONTOH PEKERJAAN MANDIRI

  1. Petani / Nelayan / Pemandu Teksi
  2. Pengasuh Bayi dan Kanak – kanak
  3. Peniaga Kecil / Penjaja
  4. Ejen Menerima Komisen (Insuran, Hartanah)
  5. Freelancer (Emcee, Pelakon, Penyanyi, Jurulatih, Perunding)
  6. Perniagaan Dalam Talian
  7. Pemilik Perniagaan (Pemilikan Tunggal / Rakan Kongsi)
  8. Peguam / Akauntan / Doktor
  9. Surirumah
  10. Pekerja Berpencen

KELEBIHAN INSENTIF I-SARAAN

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan Kematian RM2,500
 
CARA DAFTAR I-SARAAN KWSP

  1. Pastikan anda sudah mendaftar sebagai ahli KWSP.
  2. Download dan lengkapkan borang i-Saraan KWSP https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/140512/KWSP_16G_M.pdf/b6403b01-b6a8-451b-a741-fcf30293a1f1
  3. Sekarang nak ke kaunter KWSP kena buat temujanji dulu. Sila buat permohonan temu janji dengan KWSP disini https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu
  4. Datang ke kaunter KWSP yang anda dah tetapkan temujanji tadi.
  5. Sila bawa kad pengenalan anda beserta borang i-Saraan KWSP.
  6. Ambil nombor giliran dan tunggu.
CARA BAYARAN CARUMAN I-SARAAN

  • Perbankan internet
  • Kaunter ejen bank (BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank)
  • Kaunter KWSP

Sumber: I-lestari

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular