Ratunaga

Biodata Razman Mahayuddin, Pelakon Drama Episod Marry Me Senorita

biodata razman mahayuddin

Kredit foto: Instagram Razman Mahayuddin

  

Siapa Razman Mahayuddin? Bekas finalis Hero Remaja musim 2017 ini adalah pemegang peranan watak Han dalam drama rantaian, Marry Me Senorita yang bersiaran di slot Megadrama, saluran Astro Ria.

  

Siri adaptasi novel sentuhan pengarah Nur Ain Sharif itu antara lain membariskan pelakon Dini Schatzmann, Janna Nick, Shaza Bae, Meerqeen, Nabil Aqil, Asha Merican, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Pemilik nama Razman Mahayuddin.
  • Berasal dari Ipoh, Perak.
  • Lahir pada 14 Februari 1995.
  • Berumur 26 tahun.
  • Berketinggian 5’10.
  • Mula berkecimpuang dalam dunia seni hiburan sejak tahun 2017 sebagai seorang pelakon.
  • Bakatnya dicungkil daripada program Pencarian Hero Remaja 2017.
  • Antara drama dibintanginya termasuk Angkara Cinta, Marry Me Senorita, Isteri Bukan Untuk Disewa, Rahsia Hati, Telunjuk Iblis, Leman Farok, Taxi Love dan banyak lagi.
  • Akaun Instagramnya yang didaftarkan atas nama @razman_mahayuddin sehingga kini mengumpul lebih 7,800 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Juga aktif sebagai seorang penggiat teater.
  • Petah berbicara.
  • Mempunyai tujuh orang adik-beradik.
  • Bakat lakonannya diwarisi daripada bapanya yang dikenali sebagai Amel Amri, seorang pelakon teater di sekitar negeri Perak.
  • Pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang jurutera.
  • Mengambil jurusan sains tulen sewaktu menuntut di sekolah, selain aktif dalam pertandingan perbahasan, pidato dan persembahan vokal.
  • Pernah menerima tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Skudai, namun ditolak kerana ingin menyertai Akademi Teater Perak.
  • Meminati gadis bertubuh kecil.
  • Mengidolakan pelakon senior Namron, Fauziah Nawi dan Beto Kusairi kerana kejayaan ketiga-tiga penggiat teater itu melakar nama dalam dunia lakonan glamor.

   

Foto

razman mahayuddin ig
razman mahayuddin hero remaja
razman mahayuddin
razman mahayuddin umur
razman mahayuddin wikipedia
keluarga razman mahayuddin
pelakon marry me senorita
marry me senorita 643
drama marry me senorita 794
razman mahayuddin biodata

Kredit foto: Instagram Razman Mahayuddin

  

Video

Kredit video: Casting Hero Remaja 2017 – Razman Mahayuddin

  

Sumber:

   




Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular