Ratunaga

Biodata Penyanyi Reedzwann, Kekasih Aidilia Hilda?

reedzwann biodata

Kredit foto: Instagram Reedzwann

   

Siapa Reedzwann? Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni yang lebih dikenali umum sebagai Reedzwann merupakan seorang penyanyi, pelakon dan komposer lelaki Malaysia.

Beliau mencipta nama menerusi single sulung berjudul Cinta Pandang Pertama hasil ciptaan sepenuhnya oleh beliau sendiri.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

– Nama sebenarnya, Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni.

– Menggunakan nama pentas, Reedzwann.

– Berumur 21 tahun.

– Kelahiran negeri Perak.

– Berkelulusan Sijil Kolej Vokasional (KV) dalam bidang kejuruteraan awam.

– Anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik.

– Memulakan karier seni sebagai seorang penyanyi, pelakon dan komposer sejak tahun 2019.

– Namanya meledak selepas merakamkan single sulung ciptaannya yang berjudul Cinta Pandang Pertama pada 2019.

– Video muzik Cinta Pandang Pertama yang dimuat naik di laman Youtube sehingga kini mencatatkan lebih 14 juta tontonan.

– Menggunakan Instagram atas nama akaun @reedzwann yang mengumpul lebih 114,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

– Bercita-cita menjadi penyanyi sejak zaman kecil.

– Turut menyara kehidupan sebagai chef di sebuah restoran ternama di Cameron Highland.

– Ibunya berkhidmat sebagai seorang guru.

– Bergiat sebagai pelakon dengan membintangi Siri Rusa After Class yang bersiaran di YouTube Rusa Music dan FB Hotlink bersama penyanyi seangkatan seperti Azzam Sham, Sheryl Shazwanie, Haikal Farid, Aidilia Hilda, Beby Achaa, Syafeek Ikhwan dan ramai lagi.

– Mula belajar memasak selepas tamat persekolahan menerusi satu kursus kulinari yang dihadirinya.

– Mahir memasak hampir kesemua jenis hidangan makanan, termasuklah makanan barat.

– Terpalit dengan gosip percintaan bersama penyanyi Aidilia Hilda.

  

Baca: Biodata Penyanyi Aidilia Hilda

Baca: Biodata Penyanyi Haikal Farid

   

Foto

reedzwann

aidilia hilda 753

reedzwann umur

gambar reedzwann

reedzwann ig

reedzwann wikipedia

lagu reedzwann

lagu cinta pandang pertama

reedzwann profile

Kredit foto: Instagram Reedzwann

  

Video

Kredit video: Reedzwann – Cinta Pandang Pertama (Official Music Video)

  

Sumber:

1. Reedzwann cuba nasib jadi penyanyi – “Dulu belajar kejuruteraan, sekarang jadi tukang masak! Terpesong jauh bukan?”

2. Reedzwann puas hati

3. ‘Dunia nyanyian, masakan sama penting’

   




Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular