Ratunaga

Biodata Ezra Kong, Komposer Lagu Gila, Pemenang AJL 35

biodata ezra kong

Kredit foto: Instagram Ezra Kong

  

Siapa Ezra Kong? Pemilik nama penuh Ezra Kong Yi Jia ini merupakan seorang komposer dan penerbit rakaman Malaysia.

  

Antara lagu-lagu ciptaannya yang berjaya menambat hati pendengar muzik tempatan termasuk Teman yang dirakamkan penyanyi Iman Troye, Jampi (Hael Husaini), Anta Permana (Siti Nurhaliza), Pematah Hati (Nabila Razali) dan banyak lagi.

   

Terkini, lagu rap gubahannya berjudul Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B) menduduki tangga pertama di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) 2021.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Ezra Kong Yi Jia.
  • Menggunakan nama komersial, Ezra Kong.
  • Berumur 33 tahun.
  • Berbangsa Cina.
  • Berasal dari Port Klang, Selangor.
  • Berkelulusan ijazah sarjana muda dalam jurusan Psikologi di Universiti John Moores Liverpool.
  • Berkecimpung dalam dunia muzik sejak tahun 2014 sebagai seorang komposer dan penerbit rakaman.
  • Antara pencipta lagu yang sering bekerjasama dengannya termasuk Faizal Tahir, Audi Mok, Omar K dan Mike Chan.
  • Beberapa karyawan yang diangkat sebagai idolanya termasuk Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Spider, Ahmad Dhani, Ungu dan Peter Pan.
  • Menggunakan Instagram atas nama akaun @ezrakong yang mempunyai hampir 30,000 pengikut.

  

Fakta Menarik

  • Fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
  • Pernah berkhidmat dalam bidang pengiklanan radio dan televisyen, selain pernah bekerja di bahagian sumber manusia di sebuah kilang sarung tangan.
  • Tidak mempunyai pendidikan formal dalam muzik, justeru tidak mengetahui tentang aspek teknikal berkaitan bidang itu.
  • Mempelajari muzik hanya dengan menggunakan Youtube dan Google yang disifatkan sebagai gurunya.
  • Mula menggubah lagu sejak umur 14 tahun dengan hanya berbekalkan sebuah gitar, serta rujukan di internet.
  • Terjun ke bidang muzik secara tidak sengaja.
  • Lagu pertama ciptaannya berjudul Assalamualaikum dihasilkan apabila dua rakan komposernya, Mike Chan dan Audi Mok mempelawa beliau untuk menghasilkan single buat penyanyi Faizal Tahir pada 2014. Angkara teruja, beliau menyerahkan 18 buah demo untuk dipilih Faizal, sebelum ‘Assalamualaikum’ menjadi satu-satunya karya yang menambat hati penyanyi itu.
  • Menganggap Hael sebagai pemuzik yang banyak mempengaruhinya dalam penghasilan lagu-lagu pop yang lebih ke arah kemelayuan.
  • Tiga lagu ciptaannya yang diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) adalah Jampi dendangan Hael Husaini, Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah) dan Gila (Kaka Azraff, Noki & Loca B).

   

Lagu Ciptaan Ezra Kong

  1. Assalamualaikum – Faizal Tahir
  2. Siapa Diriku – Ayda Jebat
  3. Knock Knock – Elizabeth Tan
  4. Dirgahayu – Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir
  5. Jampi – Hael Husaini
  6. Infiniti – Bella Nazari
  7. Nisan Cinta – Siti Nordiana dan Jaclyn Victor
  8. Temberang – Ayda Jebat
  9. Bila Entah – Aisyah Aziz
  10. Rempuh – Tomok dan Black
  11. Pematah Hati – Nabila Razali
  12. Police Entry – Elizabeth Tan
  13. Anta Permana – Siti Nurhaliza
  14. Vroom Vroom – Nabila Razali
  15. Bisa Aja – Faizal Tahir
  16. Shh – Elizabeth Tan
  17. Hajat – Hael Husaini
  18. Haram – Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah
  19. Yang Mano – Ajak Shiro
  20. Belenggu Rindu – Wany Hasrita, Jamal Abdillah
  21. Hati – Hael Husaini
  22. Canggung – Wany Hasrita
  23. Gila – Kaka Azraff, Noki, Loca B
  24. Aksara Cinta – Wani Kayrie
  25. AEWO – Shiha Zikir, Noki
  26. Adlina Marie – Haqiem Rusli
  27. Teman – Iman Troye
  28. Tulus – Azmi Saat
  29. Parah Parah – Ayda Jebat

    

Foto

lagu ezra kong
agama ezra kong
ezra kong ig
siapa ezra kong
ezra kong wikipedia
ezra kong umur
ajl 35 307
ezra kong
ezra kong islam  

Kredit foto: Instagram Ezra Kong

  

Kredit video: EZRA KONG — PENCIPTA, PENERBIT, & PENGGUBAH LAGU — JAMPI / HARAM / ANTA PERMANA /

  

Sumber:

   




Source link

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular