Ratunaga

Bil Elektrik Percuma Untuk 4 Juta Rumah

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Dato’ Dr Shamsul Anuar yang merupakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli mengumumkan yang Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk meluluskan Bantuan Prihatin Elektriktambahan kepada semua pengguna elektrik domestik di Semenanjung.
Langkah ini untuk mengurangkan beban mereka ekoran peningkatan bil elektrik sepanjang tempoh PKP dan seramai 7.66 juta pengguna bekalan elektrik bakal menerima manfaat dari Bantuan Prihatin Elektrik ini.
Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020 dan akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020.
Bekalan elektrik secara percuma untuk bulan April, Mei dan Jun 2020 bakal diberikan kepada 4 juta pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan bernilai RM77 ke bawah atau penggunaan elektrik 300kWj ke bawah
Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj sebulan pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 atau bersamaan RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020.
Kerajaan juga memperkenalkan diskaun tambahan kepada pengguna elektrik dalam blok tarif di antara 601-900kWj dengan bil elektrik di antara RM232.35 hingga RM395.60.
Mereka akan menikmati diskaun tambahan 8% menjadikan 10% sebulan bagi bil elektrik bulan April hingga September — berbanding hanya 2% yang dinikmati sejak April 2020. Jumlah pengguna yang terlibat ialah seramai 916,000 orang atau 12% daripada keseluruhan pengguna domestik.
Kerajaan juga mengumumkan yang TNB bersetuju untuk menghentikan semua aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020 untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran dalam memenuhi komitmen kewangan.
Kami yakin yang pengumuman Bantuan Prihatin Elektrik terbaru kerajaan ini disambut baik oleh semua lapisan masyarakat.
 

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular