Aiman Hakim, Zahirah Macwilson nikah 20 Februari?

0
22

PELAKON Aiman Hakim Ridza memberi bayangan bahawa dia dan tunangnya, Zahirah Macwilson bakal disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari ini.

Aiman menerusi akaun Instagram miliknya telah menulis nukilan cinta buat Zahirah berserta tanda pagar yang tertera nama gabungan mereka serta tarikh penting iaitu 20 Februari 2020.

undefined

Menerusi entri tersebut, Aiman memuat naik gambar manis mereka berdua yang menunjukkan seperti foto pra-perkahwinan.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang percaya mereka bakal disatukan pada tarikh berkenaan.

Sebelum ini, pasangan ini mengadakan sidang media dan mengumumkan mereka bakal bernikah pada Februari tahun ini, namun tarikh sebenar masih belum didedahkan.

Aiman dan Zahirah telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2019.

undefined

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here