Ratunaga

ADUN Kuamut lapor polis dakwa diugut

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah membuat laporan polis hari ini, mendakwa rumahnya didatangi sekumpulan individu tidak dikenali.
Beliau berkata, tindakannya itu adalah atas tujuan keselamatan selepas berlakunya unsur ugutan dalam kejadian berkenaan.
Katanya, dalam kejadian jam 2 petang Isnin lalu, sekumpulan individu yang menaiki beberapa kenderaan datang ke rumahnya di kawasan Kepayan.
“Ketika itu, saya tidak berada di rumah kerana sedang membeli barang untuk kawasan di Kuamut. Saya tidak kenal mereka, dan saya tidak pasti siapa sebenarnya yang datang mencari saya.
“Tapi yang pastinya dia bukan kenalan kita (saya), bukan kawan kita, saya tidak pasti dia poliskah atau orang awamkah dan siapa-siapa,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Mengulas insiden itu, Masiung yang juga wakil rakyat Parti Warisan Sabah (WARISAN), berkata isterinya yang berada di rumah didatangi seorang daripada individu terbabit dan bertanya di mana beliau dalam keadaan mencurigakan.
“Apa yang membimbangkan, individu itu ada mengeluarkan perkataan kurang menyenangkan dan seolah-olah mengugut selepas menyedari ketiadaan saya di rumah ketika itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat Masiung dan siasatan akan dilakukan.
 

Add comment

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most popular