Connect with us

BERITA

Dermawan Muda Liow Soon Hee Sumbang 10 Juta Penutup Hidung Dan Mulut (Mask) Untuk Semua Pelajar Sekolah Di Malaysia

Published

on

Sejarah terukir hari ini apabila seorang usahawan dan dermawan muda mencipta rekod Malaysia dengan mendermakan 10.1 juta keping pelitup muka kepada pelajar sekolah di seluruh negara bagi mengelakkan mereka terkena jangkitan COVID-19 yang dilihat semakin meningkat kes jangkitan sejak kebelakangan ini.

Kesemua mask berkenaan hari ini dibawa ke Petaling Jaya dengan menggunakan tiga buah treler untuk untuk ditunjukkan kepada media dalam satu majlis mengumumkan derma berkenaan.

Menurut beliau, langkah menderma pelitup muka berkenaan dilakukan atas dasar prihatin dengan keadaan pandemik COVID-19 yang kini kembali menular selepas ia reda beberapa bulan lepas.

Kesemua pelitup muka itu adalah derma dari Pengerusi Winner Dynasty Group Sdn Bhd, Dato Sri Liow Soon Hee melalui satu program tanggungjawab sosial korporat melalui Yayasan Winner Emperor Sedunia.

Sebelum ini pada Mei lepas, beliau sudah pun mendermakan 1,5 juta pelitup muka kepada 20 agensi media untuk membantu petugas media yang bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama sebelum ini.

Pihak Malaysia Book Of Records hari ini turut mengiktiraf jumlah pelitup muka yang dibawa yang berjumlah 10.1 juta keping sekaligus mencipta rekod Malaysia sebagai Jumlah Terbanyak Pelitup Muka Didermakan Di Dalam Satu Majlis.

Langkah murni ini telah digiatkan bersama sokongan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily melalui satu kempen kesedaran masyarakat “Love Yourself By Wearing Masks”.

“Kita tidak boleh berkompromi dengan keselamatan anak-anak kita demi masa depan mereka,” katanya dalam sidang media pada majlis berkenaan hari ini.”

Menurut beliau, langkah menderma pelitup muka berkenaan dilakukan atas dasar prihatin dengan keadaan pandemik COVID-19 yang kini kembali menular selepas ia reda beberapa bulan lepas.

Oleh kerana negeri Selangor akan bermula PKP Bersyarat (PKPB) pada tengah malam ini, adalah satu langkah yang paling tepat untuk beliau menggerakkan usaha ini untuk membantu para pelajar di seluruh negara dengan memberikan bekalan pelitup muka yang mencukupi.

“Kita akan mula mengagihkan segera semua pelitup muka ini ke seluruh negara,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada rakan korporat beliau untuk sama-sama melibatkan diri membantu kerajaan untuk meringankan beban rakyat dalam usaha menyediakan keperluan harian dalam menghadapi kemelut akibat pandemik ini.

Dato Sri Liow Soon Hee turut mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia supaya mematuhi dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi menjaga keselamatan semua dari dijangkiti virus berkenaan.

Sumber: sepatahdua.com

 

Copyright © 2020 Ratunaga. All Rights Reserved.