Connect with us

BERITA

Kes jangkitan COVID-19 melebihi 18 juta mangsa di seluruh dunia

Published

on

PARIS: Angka jangkitan COVID-19 di seluruh dunia hari ini dilaporkan sudah melebihi 18 juta mangsa.

Statistik terkini menunjukkan 18,218,998 orang dijangkiti virus itu termasuk 692,309 kematian manakala 11,435,164 dilaporkan sudah sembuhSekurang-kurangnya 18,011,763 kes didaftarkan memandangkan jumlah jangkitan akibat pandemik itu semakin meningkat.

Malah, sejuta kes jangkitan dilaporkan dalam tempoh empat hari saja di mana separuh daripada keseluruhan kes itu dicatatkan di Amerika Syarikat (AS), Amerika Latin dan Caribbean.

AS antara negara paling terjejas teruk dengan jumlah 4,657,693 kes dan 154,793 kematian diikuti Brazil (2,733,677 kes jangkitan dan 94,104 kematian).

Negara ketiga dilaporkan terkesan teruk ialah India dengan 1,750,723 kes dan 37,364 kematian.

Data yang dikumpulkan oleh AFP dari pihak berkuasa nasional dan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil dari jumlah jangkitan yang sebenar.

Ini memandangkan banyak negara hanya menguji kes-kes simptomatik atau yang paling serius.

Sumber: BH

Copyright © 2020 Ratunaga. All Rights Reserved.